Mangsa dikenali sebagai Gan Boon Yong, 31, disahkan mati di tempat kejadian akibat tikaman di bahagian badan.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang sedang berjalan di lorong belakang jalan itu telah terserempak dengan suspek.
Mangsa kemudiannya bercakap dengan suspek bagi meminta pembayaran balik wang yang dipinjam oleh suspek. Bagaimanapun, suspek memberitahu yang kononnya dia tidak berhutang dengan mangsa.
Mangsa kemudiannya bertindak memukul suspek sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa.
Suspek kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menyerah diri di balai polis tidak lama kemudian.
Ketua Polis Daerah, Aisisten Komisioner Rowell Marong mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Pihak polis telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat,” katanya.
Rowell berkata, suspek berumur 32 tahun yang kini ditahan oleh pihaknya akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
sumber
Post a Comment