Label 10

Home » » Terbaru : Suami Yang Tumbuk & Tendang Isteri Dalam Lif Mengaku Tidak Bersalah !!!!!

Terbaru : Suami Yang Tumbuk & Tendang Isteri Dalam Lif Mengaku Tidak Bersalah !!!!!

Written By AAKJ on Friday, August 16, 2013 | 6:53 PM

SEGERA: Pegawai Veterinar Mengaku TIDAK BERSALAH Belasah Isteri Dalam Lif

Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger