Label 10

Home » , » Singkir Ahli Syiah Dalam Pas Hanya Sandiwara

Singkir Ahli Syiah Dalam Pas Hanya Sandiwara

Written By AAKJ on Thursday, August 1, 2013 | 11:00 AM


Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis) menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ahli parti yang terlibat dengan fahaman Syiah akan tersingkir secara automatik hanyalah retorik.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kenyataan tersebut menggambarkan bahawa parti itu sekadar melepaskan batuk di tangga dalam usaha menepis dakwaan pimpinan parti itu terlibat dengan fahaman Syiah.

“Beliau (Tuan Ibrahim) mengatakan bahawa pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu (Syiah).

“Persoalannya, setakat mana aktifnya sistem ini sedangkan sebelum ini Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan sendiri mengakui ada ahli Pas yang menjadi Syiah. Jadi, kenyataan beliau hanyalah retorik,” katanya pada sidang media di Hotel Darulaman, semalam.

Beliau yang juga ahli Pas turut menyangkal dakwaan bahawa parti itu mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif.

“Saya tidak pernah tengok pun sistem ini dijalankan. Bahkan, saya tengok dalam Pas sendiri ada yang menyokong ke arah pemahaman Syiah.

“Saya minta beliau perjelaskan apakah sistem yang dimaksudkan itu. Kita tidak mahu perkara ini dilakukan sedemikian kerana ia soal membabitkan akidah,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Pas sekali lagi menegaskan pimpinan utamanya tidak terlibat dengan ajaran Syiah dan ahli parti yang didapati membawa fahaman itu akan tersingkir daripada parti itu secara automatik.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger