Label 10

Home » » Sewa Pistol Untuk Bunuh Orang RM500 Sahaja !!? Kembalikan ISA & Ordinan Darurat !!

Sewa Pistol Untuk Bunuh Orang RM500 Sahaja !!? Kembalikan ISA & Ordinan Darurat !!

Written By AAKJ on Thursday, August 1, 2013 | 8:30 PM

Senjata Makin Mudah, Rakyat Makin Gundah!

21 Julai lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang remaja berusia 15 tahun di Pasir Mas, Kelantan ditahan kerana dipercayai menjalankan kegiatan menyewa pistol kepada penjenayah dengan sewa serendah RM500 untuk kegiatan jenayah.
Hasil siasatan, polis telah merampas pistol jenis Colt Super Automatik Cal. 22 Magnum berasal dari Amerika Syarikat beserta satu kelopak tanpa peluru, sepucuk pistol jenis Mikros buatan Perancis bersama kelopak dan empat butir peluru.
Juga ditemui sepucuk lagi adalah buatan sendiri menggunakan peluru bebola besi namun mampu mendatangkan kecederaan daripada jenis Baby 111-CAPA 3.8 beserta kelopak tanpa peluru.
Mesejnya cukup mudah di sini.
Kalau remaja berusia 15 tahun pun sudah berani – bukan saja memegang tetapi menjalankan kegiatan penyewaan senjata api, apatah lagi penjenayah yang sudah tentu ‘cari makan’ melalui cara-cara sebegitu.
Yang pasti kes jenayah terutama kekerasan melibatkan senjata api semakin hari semakin ‘menakutkan’.

556700_482103398550984_1338041151_n

PDRM sendiri akui puncanya ialah ketirisan kawalan keselamatan di pintu sempadan hingga menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan untuk menyeludup senjata bagi tujuan jenayah.
Kedudukan Sungai Golok sebagai contoh, serta kewujudan ‘lorong tikus’ di sepanjang sempadan juga, telah digunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeludup masuk barang ke negara ini.
Pergerakan keluar masuk pada kadar yang kerap, kesibukan lalu lintas di pintu masuk serta interaksi ekonomi antara penduduk kawasan sempadan telah membuka peluang kepada aktiviti penyeludupan
“105km panjangnya sempadan Sungai Golok dan ribuan kilometer panjangnya sempadan lautan negara ini dilihat membuka peluang kepada penyeludup untuk membawa masuk senjata api secara haram,” kata Khalid baru-baru ini.
Apapun Khalid tidak punya banyak masa lagi.
Kes senjata api kini tidak lagi berlegar sekitar ahli kongsi gelap dan pengedar dadah tetapi juga sudah melibatkan individu berprofil tinggi serta pegawai tinggi kerajaan.
Dalam tempoh terdekat saja, tiga orang guru, satu profesion yang boleh dikatakan tidak berisiko dari segi keselamatan, telah ditembak mereka yang tidak dikenali.

Hussain-Ahmad-Najadi-ambank-maut-ditembak-myberitasemasa.com

Turut menjadi mangsa peluru tak bermata ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan dan terbaru jutawan pengasas Ambank, Hussein Najadi.
Yang jelas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah melahirkan kebimbangannya.
Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa dalam memerangi jenayah serius bagi mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam.
Perdana Menteri berkata, terserah kepada polis untuk meminta kerajaan apa yang mereka perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa yang dikehendaki untuk meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam memerangi jenayah serius.
“Kita tidak boleh biarkan keadaan dengan jenayah serius ini berterusan. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam,” katanya dalam status Facebooknya.
Kini terserah pada kebijaksanaan PDRM untuk mengatur gerak gempur agar kewibawaan mereka sebagai badan penguatkuasa yang digeruni tidak terus dipersoalkan.
Bergantung kepada statistik saja tidak mampu mengubah kerisauan masyarakat.
Biar berbuih dok bercakap yang statistik turun dan sebagainya tetapi rakyat tidak akan ambil endah sekiranya mereka masih dapat menyaksikan kes jenayah di sana sini, kes bunuh di sana sini.
Ingat…bila senjata api makin mudah, rakyat jadi semakin gundah! – Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger