Pasangan kekasih yang sedang asyik berasmara lari lintang pukang apabila menyedari kejadiran sepasukan polis yang membuat rondaan jam 11.15 pagi di sebuah tangki air di Taman Cendana, di Kulim.
Dalam kelam kabut itu, remaja perempuan yang dipercayai pelajar sekolah terpaksa melarikan diri tanpa sempat mengambil coli, seluar dalam dan tudungnya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat penduduk setempat yang melihat sepasang kekasih yang juga pelajar sekolah di kawasan berkenaan memasuki kawasan tangki air itu.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan, sepasukan polis ke tempat kejadian untuk membuat tinjauan dan mendapati sepasan kekasih sedang asyik berpelukan.
“Menyedari kehadiran polis, kedua-dua remaja berkenaan melarikan diri ke kawasan jirat Cina berhampiran tangki air itu,” katanya.
Hasil pemeriksaan ditemui sehelai coli, sehelai seluar dalam dan sehelai tudung bewarna merah jambu dipercayai milik remaja perempuan berkenaan.
“Kalau mengikut bentuk dan warna tudung berkenaan, kita percaya ia milik seorang pelajar dan akan jalankan siasatan,” katanya.
Ghuzlan berkata, penduduk mendakwa lokasi berkenaan turut dijadikan sebagai tempat melepak dan ponteng sekolah.
Aakj : mak ayah..baca dan cuba perati kemana anak kita pada masa yang sepatutnya ada d rumah..tambahan lagi bulan puasa!
+ comments + 1 comments
Yg pegi gatal bukak semuanya apasal??selak je lah....apa2 hal senang cabut dan lari..
Post a Comment