Label 10

Home » , » R.O.S Takut Nak Haramkan DAP?

R.O.S Takut Nak Haramkan DAP?

Written By AAKJ on Saturday, August 3, 2013 | 5:00 PM

Lim Kit Siang

DAP hanya akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) seperti yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika ROS dapat memberi sebab munasabah berhubung arahan tersebut.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa parti itu berhak mengetahui sebab kepada arahan itu dikeluarkan oleh ROS sebelum pihaknya dapat memenuhi kehendak ROS supaya pemilihan CEC DAP diadakan semula dalam tempoh terdekat.
“DAP berhak untuk tahu sama ada maklumat bohong tentang kewujudan 547 perwakilan hantu DAP di Kongres DAP di Pulau Pinang pada Disember lalu merupakan alasan kepada arahan ROS.
“DAP bersedia mengadakan semula pemilihan CEC jika ROS boleh memberi sebab yang munasabah dan bukan atas sebab pembohongan dan kepalsuan yang direka-reka musuh politik DAP (mengenai 547 perwakilan hantu),” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media pada 31 Julai lalu melaporkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC melalui sepucuk surat rasmi yang dihantar kepada parti itu.
Guan Eng menyifatkan tindakan ROS sebagai tidak adil kerana dakwa beliau badan tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengapa pemilihan semula CEC perlu dilakukan oleh DAP.
Kit Siang dalam pada itu membidas kewartawanan Malaysia kerana menjadikan pembohongan sebagai kebenaran dan khayalan sebagai kenyataan.
Beliau memberi contoh satu penulisan dalam sebuah akhbar arus perdana mengenai arahan ROS supaya DAP mengadakan semula pemilihan CEC yang dianggapnya sebagai satu pembohongan. – mynewshub.my
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 4, 2013 at 10:44 AM

kalau umno cepat je kena haramkan..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger