Label 10

Home » » Penjenayah Di Malaysia Akan Dipasang Peranti?

Penjenayah Di Malaysia Akan Dipasang Peranti?

Written By AAKJ on Saturday, August 17, 2013 | 9:47 PM

Penjenayah Di Malaysia Akan Dipasang Peranti?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara kini berbincang berkaitan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu bagi memantau pergerakan mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, buat masa ini, hanya penjenayah tertentu mengikut peruntukan Chapter 6 akan dipasang EMD, dan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sedang dilakukan bagi membolehkan mereka yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipasang peranti sama.
“Untuk peruntukan di bawah Akta Pencegahan Jenayah, alat ini masih belum dapat digunakan, dan ini memerlukan pindaan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor hari ini.
Beliau berkata pihak Peguam Negara menyambut baik cadangan PDRM berkaitan isu itu.
Khalid berkata, PDRM juga akan menggunakan sebaik mungkin segala akta dan teknologi sedia ada bagi membanteras jenayah.
Beliau turut ditanya berkaitan dakwaan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa ada pihak cuba mengintip kehidupan peribadinya dan keluarga menerusi penggunaan helikopter kawalan jauh.
Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan kini meneliti rakaman yang dipasang pada helikopter berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang menerbangkannya.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata idea tersirat di sebalik program Desa Selamat adalah supaya masyarakat dan polis bekerjasama serta saling bertukar maklumat bagi membanteras jenayah.
“Masyarakat haruslah bersikap skeptikal sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dalam persekitaran mereka,” katanya.
Khalid juga berkata hanya penduduk setempat yang boleh memberi maklumat berhubung keadaan atau orang yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah. – BERNAMA

-mynewshub
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 18, 2013 at 10:56 AM

Pembankang x suka...apa yg kerajaan buat semua x betul..itulh pbankang malaysia yg ketuanya nk jd pm.
.

Anonymous
August 18, 2013 at 2:12 PM

Dh trhantuk baru nk trsedar..dh trlambat sepatutnya peranti ini di pasang dulu sblm di bebaskn ni bila dh ramai mati dn byk kejadian tembakkn baru nk bt..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger