Label 10

Home » , » Kerajaan Perpaduan ; Nilai Pas & Dap Di Jubo# Anwar

Kerajaan Perpaduan ; Nilai Pas & Dap Di Jubo# Anwar

Written By AAKJ on Monday, August 19, 2013 | 11:30 PM


Percubaan Anwar untuk mendapat perhatian melalui dongeng ‘kerajaan perpaduan’ mendapat reaksi ‘bosan’ di kalangan rakyat. Dongeng Anwar sudah terlalu jauh dan terlalu merepek sehingga menjelakkan yang mana bertepatan dengan pendapat Jusuf Kalla terhadapnya, iaitu ‘Anwar sudah gila’. 
 
Dongeng ‘kerajaan perpaduan’ Anwar bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan ahli-ahli UMNO terhadap Dato’ Seri Najib.  Kononnya, Dato’ Seri Najib sanggup bekerjasama dengan Anwar kerana menyedari kedudukannya kini semakin lemah.  Anwar menggambarkan seolah-olah kedudukan dirinya adalah jauh lebih kuat dari Dato’ Seri Najib sehingga memaksa Perdana Menteri ‘tunduk’ kepadanya. 
 
Soalnya, apakah logik Anwar yang mendapat jumlah undi yang berkurangan di kawasannya sendiri, berbanding PRU-2008, boleh merasa dirinya lebih kuat dari Dato’ Seri Najib?   Apakah logik bagi Anwar yang mendapat sokongan tidak lebih dari 10,000 orang dalam Himpunan Black505 iaitu himpunan kemuncak membantah kemenangan BN dalam PRU-13, mampu merasa dirinya masih berpengaruh? 
 
Justeru, sekali lagi kita diperingatkan semula kepada ayat Jusuf Kalla iaitu ‘Anwar sudah gila’.  
 
Dalam kegilaan Anwar, beliau lupa bahawa sekiranya kisah tentang ‘kerajaan perpaduan’ tersebut benar, maka di manakah kedudukan DAP dan PAS?  Apakah Anwar bertindak atas kapasiti PKR, Ketua Pembangkang atau diri sendiri ketika membuat ‘perjanjian’ dengan Dato’ Seri Najib? 
 
Tidakkah Anwar sepatutnya terikat pada Pakatan Rakyat yang mana tidak membolehkan beliau bertindak sendirian dalam menentukan hala tuju PKR tanpa terlebih dahulu berbincang dengan DAP dan PAS? 
 
Jelas, Anwar tidak pernah mengambilkira DAP, PAS, mahupun sesiapa sahaja dalam angan-angannya.  Ini kerana angan-angannya adalah milik dirinya seorang dan beliau boleh berangan apa sahaja tanpa memikirkan kesan atau tanggungjawabnya terhadap orang lain. 
 
Dan angan-angan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa jua cara.  DAP dan PAS hanyalah perkakas untuk beliau mencapai angan-angan tersebut.   Memandangkan pada ketika ini, Anwar melihat yang DAP dan PAS masih tidak mampu membawa beliau ke mana-mana maka beliau perlu ‘kembali’ kepada UMNO bagi meneruskan angan-angannya. 
 
Dalam angan-angan Anwar, DAP dan PAS tidak punya hak apa-apa untuk bersuara kerana beliau yang ‘menyuap’ mereka. 
 
Namun, seperti yang dikatakan, ini hanyalah angan-angan Anwar.  Dato’ Seri Najib pun telah membuat kenyataan rasmi menepis dongeng Anwar.  Justeru, PAS dan DAP usahlah terlalu terasa hati dengan Anwar kerana ‘mempersetankan’ peranan mereka dalam angan-angannya.  Nama pun angan-angan, jadi biarlah Anwar berangan-angan.  Itu sajalah yang beliau ada untuk meneruskan hidup. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger