Label 10

Home » » Janda Muda 18 Tahun Di Tangkap Khalwat Raya Ke 2 !

Janda Muda 18 Tahun Di Tangkap Khalwat Raya Ke 2 !

Written By AAKJ on Saturday, August 10, 2013 | 9:30 PM



Seorang janda muda yang baru sebulan berpisah dengan bekas suaminya ditahan bersama seorang lelaki yang juga kekasihnya ketika zaman persekolahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sewa di Padang Sera, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), sebelum menemui wanita berusia 18 tahun itu dan pasangannya yang berpura-pura mengaku sebagai pasangan suami isteri.

Turut berada dalam bilik sewa itu ialah seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang juga anak wanita terbabit dipercayai dijadikan umpan kononnya anak mereka sekali gus untuk mengelak kegiatan tidak bermoral itu diketahui penduduk.

Sumber berkata, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, pintu bilik dibuka seorang lelaki dan seorang wanita serta bayi lelakinya berusia tujuh bulan ditemui dalam bilik itu.

“Selepas meminta dokumen pernikahan untuk membuktikan mereka adalah suami isteri, pasangan itu memberi alasan tertinggal di rumah dan selepas soal siasat lanjut dijalankan, hubungan sebenar mereka diketahui,” katanya.
Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera untuk melepaskan rindu.

Katanya, pasangan itu akhirnya mengaku mereka hanya kawan dan pernah menjalinkan hubungan ketika zaman persekolahan sebelum wanita terbabit berkahwin dengan lelaki lain.

“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mereka kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil di pejabat PADKP,” katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger