Label 10

Home » , » Guan Eng Sudah Panik: Minta ROS Pula Beri Fakta Kenapa 753 Perwakilan DAP Tidak Diberi Hak Memilih CEC

Guan Eng Sudah Panik: Minta ROS Pula Beri Fakta Kenapa 753 Perwakilan DAP Tidak Diberi Hak Memilih CEC

Written By AAKJ on Wednesday, August 14, 2013 | 3:00 PM


 
Berpusing-pusing dan berbelit-belit lidah biawak si Guan Eng dalam usaha menepis isu penipuan dalam pemilihan CEC DAP.   Takut benar Guan Eng jika terpaksa mengadakan pemilihan semula
 
Dalam mesyuarat tergempar DAP untuk membincangkan isu ini semalam, nampaknya Guan Eng sudah membuat keputusan walau apapun terjadi, pemilihan semula bukanlah satu opsyen.  Ini bermakna, DAP akan melakukan apa saja untuk memastikan tiada pemilihan semula biarpun terpaksa memecat kesemua 753 ahli India yang membuat aduan. 
 
Guan Eng rela menyerlahkan sifat rasis DAP daripada mengambil risiko dalam pemilihan semula.  Untuk itu, Guan Eng menggunakan taktik menghalakan kembali muncung senapang kepada ROS.  Taktik yang sama telah digunakan DAP untuk menangani kes korupsi parti itu sebelum ini di mana kematian ahlinya, Teoh Beng Hock telah membolehkan DAP memusingkan muncung senapang ke arah SPRM. 
 
Kali ini, Guan Eng meminta ROS pula yang memberikan penjelasan dan fakta tentang kenapa DAP perlu mengadakan pemilihan semula kononnya arahan ROS itu tidak jelas. 

Syarat yang dikenakan oleh Guan Eng ini membuktikan bahawa beliau sudah benar-benar terperangkap dalam penipuannya sendiri.   Fakta kes adalah mudah dan terlalu jelas iaitu 753 perwakilan DAP membuat aduan tidak menerima jemputan bagi menjalankan hak mereka untuk memilih ahli jawatankuasa parti. 

Justeru, Guan Eng yang perlu menjelaskan kenapa ini terjadi, bukannya ROS.   
 
Guan Eng perlu menjelaskan jika kesilapan pengiraan undi adalah salah komputer, maka apakah kes perwakilan tidak menerima jemputan itu pula merupakan salah posmen?  Atau apakah komputer DAP sekali lagi tersalah dan secara automatik memadamkan nama-nama India dari senarai perwakilan?   Atau salah UMNO yang mencuri surat jemputan? 
 
Guan Eng boleh berpusing keliling berkungfu menepis arahan ROS, namun seluruh rakyat tahu bahawa Guan Eng adalah penipu dan rasis.  Guan Eng juga seorang yang pengecut serta tidak punya keyakinan diri untuk menghadapi pemilihan semula. 
 
Sama ada ini benar, atau Guan Eng sememangnya jenis bengap dan benak tidak faham bahasa sehingga tidak mampu memahami hakikat tentang di mana kedudukan DAP dan di mana pula kedudukan ROS dalam isu ini.    
 
Setakat ini, Guan Eng dikatakan ingin ‘berunding’ dengan ROS.  Kita tidak tahu apa jenis ‘rundingan’ yang dimaksudkan oleh Guan Eng tetapi kita harap ia tidak membabitkan kematian sepertimana yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger