Seorang lelaki yang berang selepas mengetahui bapa mentua tiri pernah cuba merogol isterinya, bertindak di luar batasan apabila menetak lelaki itu sehingga mati di Kilometer 16, Jalan Tuaran By Pass, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Jani Aminul, 40, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di leher dan bahu kiri.
Isteri suspek yang berusia 14 tahun dikatakan menumpang di rumah bapa tirinya beberapa hari lalu kerana meminta ibu menjaga anak lelaki yang dilahirkan seminggu lalu.
Ketika di rumah berkenaan, suspek dipercayai terdengar jiran mengatakan isterinya cuba dirogol oleh mangsa menyebabkan lelaki itu berang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan M Chandra berkata, kejadian disedari isteri mangsa yang pulang ke rumah dan terkejut melihat tubuh suaminya berlumuran darah dan sudah meninggal dunia sebelum menghubungi polis.
“Berdasarkan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa berlumuran darah dalam keadaan tertiarap dengan kesan tetakan di belakang tengkuk dan bahu kiri.
“Mangsa dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, semalam.
Chandra berkata, polis sedang memburu suspek dikenali sebagai Azmi, 20, dan hasil siasatan polis menemui motosikal digunakan suspek untuk melarikan diri di pekan Telipok.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan suspek diminta menghubung Pegawai Penyiasat IPD Kota Kinabalu Asisten Superintendan Rosli Ariff di talian 088-242111 bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, isteri mangsa Merlyn Aljaini, 43, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menjaga sepupunya yang sarat mengandung kira-kira 100 meter dari rumahnya namun pelik melihat lampu rumahnya terpadam.
“Saya lihat motosikal suami ditunggang seseorang dan saya terkejut sebaik pulang ke rumah apabila suami berlumuran darah di ruang tamu,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, semalam.
-lantakhangp
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
-
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan
Nasional...
21 hours ago
Post a Comment