"Ketika baru nak pakai telekung, saya terdengar bunyi orang bergelut diikuti bunyi orang jatuh. Apabila dijenguk menerusi tirai, saya lihat suami terbaring dengan kepala berlumuran darah,” kata Ramlah Ahmad, 67, menceritakan kejadian menyebabkan kematian suaminya, pagi semalam.
Dalam insiden itu, suami Ramlah yang juga seorang bilal, Abdullah Nawang, 77, menemui ajal selepas dipukul di kepala dengan objek keras oleh seorang lelaki ketika menunaikan solat sunat menjelang waktu Subuh di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, di sini, jam 5.40 pagi.
Ramlah berkata, sudah menjadi rutin dia dan suaminya keluar dari rumah pada jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.
“Ketika itu hanya saya dan suami di surau kerana jemaah lain belum tiba. Suami membuka pintu dan lampu manakala saya pula terus ke bahagian solat wanita,” katanya.
Menurutnya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia menjenguk melalui tirai yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita, dia terus meluru mendapatkan Allahyarham yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.
“Saya riba dia dan panggil namanya beberapa kali, tetapi tiada tindak balas. Selepas itu saya hanya mampu menangis dan menjerit meminta tolong daripada penduduk kampung,” katanya.
Jiran pasangan warga emas itu, Mad Daud Razak, 64, berkata, dia terdengar jeritan Ramlah meminta tolong ketika sedang bersiap untuk ke surau di belakang rumahnya.
‘Saya bergegas ke surau dan terkejut melihat arwah sudah terbaring dengan keadaan kepalanya berlumuran darah di atas riba isterinya yang menangis teresak-esak.
“Kami kemudiannya membawa arwah ke Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum disahkan meninggal dunia ketika berada di unit kecemasan hospital itu,” katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, lima orang anak dan 15 cucu. Jenazahnya dituntut dari HTM oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Mahmud berkata, siasatan awal mendapati mangssa mengalami kecederaan parah di kepala dan leher akibat dipukul dengan objek keras.
Menurutnya, susulan kejadia itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki terbabit dengan kematian itu kira-kira jam 7.30 pagi ketika suspek berada di kedai kopi di Kampung Kulim, tiga kilometer dari tempat kejadian.
“Siasatan awal juga mendapati suspek sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di wad psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu, namun polis masih menyiasat motif sebenar serangan ke atas mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-wowberita
Post a Comment