Label 10

Home » , » "Azeez Putera" Pertahankan Jawatan MT

"Azeez Putera" Pertahankan Jawatan MT

Written By AAKJ on Friday, August 9, 2013 | 10:52 PM



Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim akan mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti 5 Oktober ini.

Pengerusi Tabung Haji itu berkata, beliau berharap kira-kira 150,000 ahli parti yang mengambil bahagian dalam pemilihan nanti dapat memberi ruang dan peluang kepadanya untuk terus mencurahkan khidmat bakti melalui parti keramat UMNO.

"Saya dikenali menerusi misi kerja-kerja kebajikan ke seluruh pelosok negara dan serata dunia melibatkan setakat ini 32 buah negara, yang miskin di Somalia sehinggalah ke negara kaya, Jepun yang ditimpa bencana.

"Justeru, saya ingin terus mencurahkan sumbangan dan bakti. Saya cukup mengagumi komitmen Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup membantu kerja-kerja kebajikan di dalam dan luar negara, yang sekali gus memberikan saya pengalaman luas dalam bidang ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Azeez, 46, atau dikenali 'Azeez Putera' dikenali dengan kerja-kerja kebajikan yang antaranya menggerakkan misi menyelamatkan 87 gadis bawah umur dan suri rumah yang dilarikan lelaki tidak bertanggungjawab ke Lombok, Indonesia selain membawa pulang 'keldai' dadah dan kredit kad yang ditipu sindiket, kembali ke pangkuan keluarga di tanah air.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger