Label 10

Home » » Wanita Masih Bersuami & Mengandung 6 Bulan Di Cekup Cubaan Zina

Wanita Masih Bersuami & Mengandung 6 Bulan Di Cekup Cubaan Zina

Written By AAKJ on Sunday, July 7, 2013 | 2:00 PM

tangkap khalwat


Seorang wanita yang hamil enam bulan ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang penjawat awam dalam serbuan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) ke atas sebuah rumah sewa di Taman Temerloh Jaya di sini malam kelmarin.

Wanita terbabit yang datang dari sebuah negeri utara tanah air bersama dua anak lelakinya bermalam di rumah lelaki terbabit yang didakwa sebagai sepupunya.

Wanita berusia 27 tahun itu membawa bersama dua anak lelaki berusia tujuh dan empat tahun ketika ditangkap bersama pasangannya yang berusia 30 tahun.

Paid melakukan serbuan ke atas rumah lelaki terbabit selepas menerima aduan awam.

Wanita terbabit mendakwa berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Bera dan bermalam di rumah lelaki terbabit hanya untuk semalaman dan akan pulang keesokan harinya.

Wanita terbabit yang masih bersuami mendakwa ibunya tahu dia bermalam di rumah lelaki terbabit tetapi suaminya tidak tahu.

Lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan mengaku mengahwini sepupu kepada wanita yang ditahan dan telah bercerai Disember tahun lalu.

Kedua-duanya ditahan awal pagi kelmarin dan diambil keterangan sebelum tindakan lanjut ke atas pasangan terbabit.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 7, 2013 at 3:26 PM

sbaik baik hukuman adalah rejam..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger