Jenayah rompakan bersenjata adalah antara salah satu kes jenayah yang banyak melibatkan premis-premis perniagaan.
Dalam mengimbas beberapa kes ksebelum ini, rata-rata premis yang menjadi pilihan penjenayah adalah premis yang dikelolakan oleh golongan wanita serta premis yang mempunyai nilai jualan yang tinggi.
Antaranya seperti kedai emas, barangan komputer, butik dan pelbagai lagi.
Kali ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video rakaman kamera litar tertutup di sebuah butik di Seri Manjung, Perak.
Butik tersebut yang dijaga oleh seorang wanita telah dirompak oleh seorang perompak yang menggunakan modus operandi yang sangat licik.
Perompak itu pada mulanya berlakon seakan-akan pelanggan di butik tersebut dengan membuat pembelian barang.
Setelah mengeluarkan wang bayaran kepada jurujual, secara tiba-tiba perompak itu tunduk dan mengambil sebatang objek tajam sebagai senjata untuk mengugut jurujual tersebut.
Kemudian perompak itu mengarahkan jurujual tersebut mengeluarkan semua wang yang ada di dalam mesin tunai.
Kemudian perompak itu mengarahkan jurujual tersebut mengeluarkan semua wang yang ada di dalam mesin tunai.
Mungkin disebabkan telefon bimbit jurujual itu berbunyi, jurujual itu bertindak untuk menjawab telefon bimbit tersebut.
Tanpa ragu-ragu, perompak tersebut mengacukan objek tajam itu ke arah jurujual dan kemudian bertindak memukul jurujual itu menggunakan objek tersebut.
Ini adalah antara modus operandi baharu yang digunakan oleh penjenayah dalam mengelakkan taktik mereka dihidu pengendali premis.
Saksikan video tersebut.
mynewshub
Post a Comment