Label 10

Home » » Video : Guru & Pelajar Di Dera Buka Puasa Dalam Tandas

Video : Guru & Pelajar Di Dera Buka Puasa Dalam Tandas

Written By AAKJ on Wednesday, July 24, 2013 | 3:00 PM




Biarpun berulang kali dinyatakan di entri terdahulu, pelajar SRK Sri Pristana TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR, sebilangan pembaca tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan, bermula Mac lalu,  BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan dan kemudian dinaiktaraf. Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit tidak berbau busuk, jauh sekali kotor.

Pelajar di sekolah sama juga  diterapkan dengan kempen menjaga tandas di kawasan sekitar agar sentiasa bersih.  Maksudnya, TIADA tandas di dalam bilik persalinan itu,  seperti kedudukan  tandas di dalam rumah,  tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar. 

Lihat gambar di sini.

"Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan  terbabit bersama wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG, serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk pulang ke rumah sebelum maghrib. Jadi kami membuat keputusan  berbuka di ruang sama selepas  doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.

Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristana, Hussein Mohd Ariff.

"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas oleh sebilangan orang," kata Hussein.


Apapun bermula hari ini, pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan  kantin sekolah seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian selesai.

Kepada semua pelajar di SRK Sri Pristana, tanpa mengira bangsa dan agama, saya ingin mengucapkan selamat menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna di masa akan datang. 

Sebilangan daripada mereka, barangkali akan menjadi pengendali blog TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk mengikut telunjuk  sesiapa tatkala mencatatkan fakta di blog.

***  Kasihan dan simpati kepada blogger amenoworld, terpaksa menciluk gambar daripada blog ini (dirakamkan semalam di lokasi). Kalau sungguh hendak mempolitikkan isu ini, tidak perlu sampai begitu sekali.

Baca seterusnya d SINI


Aakj : yang sedihnya ada Timbalan Menteri kononnya nak jadi hero dan tegakkan bulu yang masih lembab..kalu pemimpin dari puok kera aakj akan tulis gini ; tegakkan bulu babi yang masih lembab !!

Dulu aakj respek Timbalan Menteri ni..tapi sejak akal pendeknya dalam isu yang dia sendiri tak tengok betul-betul maka aakj dah STOP respek !!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger