Label 10

Home » » Video Apabila Permaisuri Agong Terkejut Dan Menjerit

Video Apabila Permaisuri Agong Terkejut Dan Menjerit

Written By AAKJ on Saturday, July 13, 2013 | 3:00 PM



Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Baginda berdua akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta yang bertanding.

Mengikut protokol majlis, setiap peserta perlu tunduk sebagai tanda hormat kepada Duli Tuanku.

Pada Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 54 (2013), berlaku satu kejadian yang mencuit hati dan berjaya dirakam.

Ia adalah apabila salah seorang qariah dari Senegal hampir terjatuh ketika mengambil hadiah.

Kejadian tersebut terjadi ketika qariah itu tunduk hormat dihadapan Permaisuri Agong sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan badan.

Secara spontan, Permaisuri Agong telah berenjak ke hadapan dan menjerit akibat kejadian itu. satu sifat yang jarang sekali kiat dapat lihat dalam Permaisuri Agong yang kerap tenang dalam apa jua keadaan.

Melihat kepada kejadian itu, pastinya ramai yang tidak mampu menahan hilai tawa tatkala melihat qariah itu terundur ke belakang.

Bagaimanapun, syabas kepada qariah tersebut yang telah berjaya mewakili negaranya dalam pertandingan tersebut.

**Orang luar tunduk hormat hingga nak terjatuh dihadapan Seri Paduka Tuanku. Namun kita di Malaysia ini, masih ada segelintir yang menghina institusi diraja Malaysia. Fikir-fikirkan.



mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger