Label 10

Home » , » Tabung Haji Kekalkan Kos Haji RM 9,980 !! Terima Kasih Kerajaan BN !

Tabung Haji Kekalkan Kos Haji RM 9,980 !! Terima Kasih Kerajaan BN !

Written By AAKJ on Wednesday, July 10, 2013 | 6:30 PM



Tabung Haji (TH) yakin pemberian subsidi kepada bakal jemaah haji akan diteruskan pada masa akan datang tetapi jumlahnya bergantung kepada keuntungan hasil pelaburan yang dibuatnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata, tahun ini TH memberi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980.

Katanya, hasil pelaburan bergantung kepada perancangan efektif dan sistematik pengurusan TH yang perlu seiring dengan kestabilan ekonomi negara bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan dan pelaburan.

“Tabung Haji kena berjaya supaya ia mampu menanggung subsidi, kalau tidak berjaya, jangankan subsidi, nak bayar dividen pun tidak boleh.

“Kejayaan itu timbul daripada suasana ekonomi yang menggalakkan perniagaan, dan kebanyakan pelaburan Tabung Haji dilakukan di Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ismee berkata, subsidi yang ditanggung TH merupakan satu per tiga daripada kos sebenar mengerjakan haji iaitu kira-kira RM15,000.

Kos haji hanya sekali dinaikkan iaitu pada tahun 2008 daripada RM8,973 kepada RM9,980 berikutan banyak pembangunan dilakukan kerajaan Arab Saudi untuk keselesaan jemaah haji.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger