Label 10

Home » , » Sidang Dun Selangor : Kalid Tetap Akan Guna Wang Rakyat Selamatkan "Kegagalan Mentadbir" Anak Syarikat Negeri

Sidang Dun Selangor : Kalid Tetap Akan Guna Wang Rakyat Selamatkan "Kegagalan Mentadbir" Anak Syarikat Negeri

Written By AAKJ on Sunday, July 7, 2013 | 4:30 PM



Khalid Ibrahim mempertahankan cadangan mahu menggunakan peruntukan tambahan wang rakyat untuk membiayai pinjaman Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengambil alih syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

Menurutnya, peruntukan melibatkan jumlah RM413.2 juta itu diberikan bagi membolehkan KDEB melaksanakan pengambilalihan tersebut melibatkan 100 peratus pegangan saham dalam KHSB.

Beliau mengakui bahawa pengambilalihan tersebut perlu dibuat memandangkan aset KHSB tidak diuruskan dengan baik dan langkah itu membolehkan semua aset KHSB dapat disusun semula.

"Jumlah pinjaman itu mengambil kira nilai bersih kasar tanah (KHSB) keseluruhan seluas 7,000 ekar (2,800 hektar) berjumlah RM6 bilion. Maka dari segi keuntungannya, kita dapat RM1.2 bilion berbanding pelaburan (pinjaman) RM413.2 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 berjumlah RM761.4 juta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Tambah Abdul Khalid, kemudahan pinjaman melibatkan kadar faedah empat peratus setahun itu adalah jaminan kepada KDEB untuk mendapatkan pinjaman institusi kewangan.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang daripada Barisan Nasional (BN), Sulaiman Abdul Razak mempersoalkan cadangan kerajaan negeri mahu memperuntukan tambahan kewangan sebanyak RM413.2 juta dalam bentuk pinjaman kepada KDEB untuk mengambil alih KHSB.

Selain itu, Sulaiman turut mempersoalkan perjanjian pengambilalihan tersebut yang dibuat pada 29 April 2013 iaitu ketika DUN Selangor telah dibubarkan dan pentadbiran negeri di bawah kerajaan sementara.

Menurutnya, selain KDEB, kerajaan negeri turut memberikan pinjaman tersebut kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM80 juta untuk pengambilan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk pembangunan projek Datum In-City.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menyatakan pinjaman kepada PKNS boleh diluluskan kerana kerajaan negeri boleh mendapatkan semula jumlah yang dipinjam itu memandangkan prosesnya melibatkan agensi kerajaan negeri.

Cadangan tersebut diluluskan oleh DUN hari ini selepas mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika ditemui selepas sidang DUN menyatakan, keputusan pengambilalihan KHSB itu dibincangkan di peringkat pengurusan KDEB dan KHSB sebelum pilihan raya umum diadakan.

Bagaimanapun, permohonan KDEB untuk mendapatkan pinjaman kerajaan negeri berjumlah RM413.2 juta diluluskan selepas pilihan raya umum Mei lalu.
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
July 7, 2013 at 8:52 PM

tak lama mcm kedah zaman pas.. yg kaya cina kafir dap..

Anonymous
July 7, 2013 at 11:39 PM

Dia sdh menjimatkan 6billion utk selangor

Anonymous
July 8, 2013 at 8:26 AM

Hoi anon 11:39. Apa yg menjimatkan 6 b tu??? Kau faham amende???

Anonymous
July 8, 2013 at 4:40 PM

poning poning... patutla mudah ditipu.. bagus tu.. nanti jlnraya berlubang rosak.. sek melayu terbiar..hospital kemudahan rakyat terbiar... semua terbiar.. duit rakyat dah abis.. duit pengusaha penyangak atasan masih byk masih ada.. hanya utk club org elit.. kah kah kah

nasib la kau melayu selangor.. org melayu kena saman aje nak jual nasi lemak pun kena saman.. kata utk rakyat. rakyat cina dan rakyat atasan.. keh keh keh.. tergadai la kau

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger