Label 10

Home » , » Senarai Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Yang Baru

Senarai Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Yang Baru

Written By AAKJ on Saturday, July 27, 2013 | 1:30 AM

Najib Umum Tarikh Pemilihan, Nama Pengerusi Perhubungan Baru

Ini tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pemilihan UMNO 2013, yang sebelum ini ditunggu-tunggu banyak pihak.
Pendaftaran calon untuk jawatan di peringkat Bahagian, sayap-sayap dan Majlis Tertinggi (MT) adalah pada 7 September.
Manakala pemilihan sayap-sayap pada 28 September yang dibuat secara berasingan dengan pemilihan peringkat Bahagian dan MT pada 5 Oktober.
Manakala Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan dari 2 sehingga 7 Disember 2013, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di PWTC petang Jumaat.
Menurut Najib, setiap orang hanya boleh tawar diri jadi calon untuk bertanding SATU jawatan di peringkat Majlis Tertinggi sahaja.
Beliau turut melahirkan harapan agar para pemimpin yang dipilih menerusi sistem baru kali ini adalah mereka yang dapat cerminkan imej positif parti dikacamata rakyat.
SEMENTARA ITU, Najib turut mengumumkan perlantikan enam Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru.
Bagi Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim diumumkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru, di Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, di Selangor, Datuk Seri Noh Omar, di Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, di Melaka Datuk Seri Idris Haron dan di Johor Datuk Seri Khaled Nordin.
Lain-lain Pengerusi Perhubungan kekal seperti yang sebelumnya. – Agendadaily.com /mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger