Label 10

Home » » Selangor : Subang Jaya Jadi Pusat Pengedaran DVD Lucah Terbesar, Adun Dap & Pas Di Sogok ?

Selangor : Subang Jaya Jadi Pusat Pengedaran DVD Lucah Terbesar, Adun Dap & Pas Di Sogok ?

Written By AAKJ on Saturday, July 20, 2013 | 5:30 PM

Sorok DVD lucah bawah meja

Sorok DVD lucah bawah meja

SUBANG JAYA – Tidak serik pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan lebih tiga kali sebelum ini, pengusaha premis cakera video digital (DVD) di USJ 14 di sini dikatakan meneruskan kembali perniagaan mereka lebih setahun lalu.

Bagaimanapun, premis tersorok berhampiran kawasan perumahan itu sekali lagi disita selepas diserbu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan, penjaga premis berusia lewat 40-an dikatakan mengadu sakit kaki dan meminta simpati supaya tindakan tidak diambil.

Namun rayuannya itu tidak mendatangkan sebarang hasil apabila Jabatan Penguatkuasaan merampas 3,119 keping DVD pelbagai tajuk yang dipamerkan di rak termasuk 779 DVD lucah.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan, Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 18 anggota menyerbu premis di USJ 14 itu.

Menurutnya, pengusaha seolah-olah bertindak mencabar pihak berkuasa kerana masih meneruskan operasi perniagaan meski pernah dikenakan tindakan.

Katanya, yang dikesalkan, selain tidak mempunyai lesen perniagaan, pengusaha dengan sewenangnya menjual DVD lucah kepada pelanggan mereka.

“DVD lucah ini disembunyikan di bawah meja dan apabila ada permintaan ia terus ditunjukkan kepada pelanggan untuk membuat pilihan. Harga ditawarkan antara RM10 hingga RM35 mengikut berapa banyak siri yang ada dalam setiap keping,” katanya.

Mohd Rasip berkata, pengusaha dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-Undang kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPSJ.

Pengusaha juga berdepan denda maksimum sebanyak RM1,000.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger