Dalam keadaan negara dilanda krisis jerebu, para penghuni Pangsapuri Kekwa di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini terpaksa menanggung penderitaan berganda selepas terputus bekalan air sejak Sabtu lalu.
Penduduk mendakwa masalah itu disebabkan pemotongan bekalan air ekoran bil tertunggak sebanyak RM49,000 oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Ekoran masalah itu, penghuni terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi semata-mata mahu mendapatkan bekalan air dari kawasan berhampiran termasuk masjid, stesen minyak dan tasik.
Mereka turut mendakwa, pihak pengurusan bangunan iaitu LT Sdn. Bhd. seolah-olah bersikap lepas tangan dalam hal berkenaan.
Seorang penduduk, Faizah Mohd. Yusuf, 34, berkata, dia amat berharap proses penukaran meter pukal ke meter individu dapat dilaksanakan segera.
Menurutnya, ini bagi mengelakkan penghuni terus menanggung derita sekali gus memberi keadilan kepada penghuni yang melunaskan pembayaran bil air.
"Selepas bekalan air dipotong kami terpaksa bergantung melalui air tangki, namun tidak bertahan lama," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kediaman di sini hari ini.
Perasaan sama turut dikongsi, Sujiyanti Narun, 38, yang berharap agar penyelesaian dapat dilakukan pihak berwajib.
Dia berkata, tindakan pemotongan itu sebagai tidak adil kepada dirinya dan penghuni lain yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membayar bil.
"Saya mengasuh tiga orang kanak-kanak. Susah bagi kami kerana tiada bekalan air ketika ini.
"Kami amat berharap pihak pengurusan, Syabas dan penduduk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini," tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Kekwa, Saiful Bahrin Badarudin berkata, setakat ini pihak pengurusan bangunan cuma dapat membayar kira-kira RM10,000 kepada Syabas untuk proses penyambungan semula bekalan air.
"Proses penyambungan semula bekalan air perlu dijelaskan sepenuhnya, namun pihak Syabas telah memberikan pengurangan kepada pendahuluan sebanyak RM20,000. Setakat ini kita mempunyai sebanyak RM11,000 dan memerlukan RM9,000 lagi," ujarnya.
Beliau menambah, jasa baik pihak Syabas juga amat diharapkan agar proses penukaran meter pukal ke meter individu yang dipohon penghuni pangsapuri berkenaan segera diluluskan.
Ini katanya, bagi menggelakkan kejadian bekalan air dipotong berulang sehingga penghuni terpaksa menanggung derita.
Baca apa yang d nyatakan Ketua Pembangkang BN dalam dewan semalam mengenai Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang penuh sandiwara d SINI
+ comments + 1 comments
semua dah mkn diri... apo nak dikato... sebelum terlambat dah hancur selangor tu... baik la berfikir pjg sebelum undi pakatan... ini baru kita rasa... mcm mana giliran anak cucu cicit kita.. ditipu cina aje...
bagi yg melayu tinggal di kawasan melayu berfikir pjg lah.. adakah anda mengundi pakatan keadaan di situ lebih baik dr sebelumnya atau lebih parah..
anda marah yg di atas... adakah pemimpin pakatan lebih baik bagi anda... adakah yg bawah merasa nikmat seperti yg di atas rasa atau lebih byk derita dr dulu. Pemimpin pakatan suka memfitnah apa saja seolah jika mereka dipilih org bawah lebih nikmat...
Bagi org melayu umno yg tinggal di kawasan lebih ramai cina yg merasa tdk mungkin org melayu boleh menang.. pindahlah nama alamat anda di tempat umno boleh menang atau membantu umno di tempat yg hampir sama
jumlahnya nisbah melayu cina.. gunalah alamat teman atau keluarga.. lakukan sekarang.. kita mau mengurang kemenangan kaum cina.
Kita pula menyerang ekonomi cina kafir dgn boikot brg kedai cina. Kita tau kuasa kita ada pd tgn tapi bukan jasad sebaliknya duit mental jiwa kental anak melayu dan undi.
Setakat info dan panduan sahaja.. bangkitlah Melayu Bumiputera.
Post a Comment