Label 10

Home » , » Rakam Aksi Menari Dalam Hujan, 2 Beradik Dibunuh

Rakam Aksi Menari Dalam Hujan, 2 Beradik Dibunuh

Written By AAKJ on Tuesday, July 2, 2013 | 12:00 PM

Rakam Aksi Menari Dalam Hujan, 2 Beradik Dibunuh

Dua beradik yang juga gadis remaja dibunuh oleh anggota keluarganya selepas mereka dikatakan memalukan keluarga dengan menghasilkan rakaman video yang memaparkan kedua-duanya menari dalam hujan.
Dalam rakaman yang dibuat enam bulan lalu, Noor Basra dan Noor Sheza, masing-maisng berusia 15 dan 16 tahun itu,berlari-lari dan menyanyi di luar banglo rumah mereka di Chilas, bersama dua budak lain.
Ia mencetuskan kontroversi selepas video berkenaan tersebar di dalam telefon bimbit di bandar konservatif tersebut.
Namun kemuncaknya, semalam, dua beradik itu telah ditembak di rumah bersama dengan ibu mereka terbabit oleh lima penyerang.
Polis masih menyiasat kejadian itu bagi menentukan sama ada abang tiri mereka yang dikenali sebagai Khutore merupakan dalang pembunuhan berkenaan.
Khutore dikatakan mengarahkan agar adik tirinya dibunuh kerana perbuatan itu dikatakan memalukan keluarga.
Dalam pada itu, abang kandung kepada dua beradik itu telah memfailkan saman ke atas Khutore dan empat yang lain kerana didakwa melakukan pembunuhan tersebut.
Khutore bagaimanapun telah melarikan diri.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger