Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut Video : Nik Aziz, Husam & Calon Pas Besut Rakan Kongsi Dalam Projek "Stor Kayu Gergasi" ?!!

#PRKKualaBesut Video : Nik Aziz, Husam & Calon Pas Besut Rakan Kongsi Dalam Projek "Stor Kayu Gergasi" ?!!

Written By AAKJ on Friday, July 19, 2013 | 5:30 PM

husam-150x150


Azlan bin Yusof atau nama glamornya Che Long memiliki beberapa pernigaan dan syarikat berdaftar dan antaranya ialah Azlan bin Yusof (Che Long Stor) yang beralamat di Lot 1874, Batu 5 1/2 Kg. Tunjong, Jalan Kuala Krai. (09-7128914)
Apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah mengapa calon Pas ini mempunyai banyak perniagaan besar di Kelantan dan bukannya di Kuala Besut. Sebagai contoh syarikat stor kayunya itu beroperasi di Kelantan dimana boleh dikatakan semua pekerjanya adalah bukan rakyat dari Kuala Besut.


Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, khalayak umum telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai pemilikan 14 lot tanah di sekitar Kota Bharu atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana nilai komersialnya boleh mencecah RM10 juta.
Selain pemilikan tanah atas nama Menteri Besar Kelantan itu, turut didedahkan sama sejumlah 13 lot tanah lagi yang bernilai jutaan ringgit termasuk sebuah stesen minyak yang dimiliki Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Nik Aziz.
Beberapa hari selepas isu pemilikan tanah itu didedahkan, Nik Aziz telah tampil menjelaskan bahawa 14 lot tanah yang luas keseluruhannya 1.76 hektar itu bukan miliknya walau pun namanya tercatat sebagai pemilik.
Menurut Nik Aziz, namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan jawtan MB yang disandangnya dan tanah itu kemudiannya kelak akan dipindah milik kepada nama MB baru.
Rentetan itu, rakyat Kelantan menarik nafas lega menerima penjelasan itu dan yakin bila berlaku peralihan tampuk kepimpinan negeri kelak akan ada pengumuman rasmi pindah milik nama pemilik semua lot tanah tersebut.
Namun seperti semua sedia maklum, sejak dari tarikh kejatuhan Nik Aziz pada 5 Mei 2013 hingga sekarang, tiada khabar berita mengenai pemindahan hak milik 14 lot tanah tersebut kepada nama MB Kelantan sekarang yang kedengaran.
Malah 13 lot tanah yang tertera nama isterinya itu pun sampai sekarang Nik Aziz buat-buat lupa untuk menjelaskan bagaimanakah statusnya, adakah ia milik peribadi atau sekadar pemegang amanah sama sepertinya.
Tanpa tindakan susulan oleh Nik Aziz berhubung status terkini lot-lot tanah tersebut sukar untuk rakyat Kelantan menepis rasa was-was dan kebimbangan kalau-kalau jika didiamkan ianya kelak terus menjadi hak milik Nik Aziz sekeluarga.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger