Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Rakyat Kuala Besut Rugi Kalau Tidak Pilih BN

#PRKKualaBesut : Rakyat Kuala Besut Rugi Kalau Tidak Pilih BN

Written By AAKJ on Tuesday, July 23, 2013 | 3:00 PM




Pilihan samada untuk merealisasikan projek atau sekadar projek pada nama sahaja iaitu “Projek Batu Asas” menjadi dilemma rakyat Kuala Besut. Senario politik di Terengganu sekarang bakal ditentukan dalam PRK Kuala Besut yang bakal berlangsung pada 24 Julai ini.
Kewarasan rakyat Kuala Besut amat diperlukan pada ketika dan saat ini. Mereka lah yang bakal menentukan samada Dewan Undangan Negeri Terengganu akan mempunyai samada 16 ADUN BN dan 16 ADUN Pembangkang atau sebaliknya.
Rakyat harus tahu bahawa kuasa yang sama banyak bakal mengundang tragedi kerana ianya bakal menghalang perlaksanaan sebarang rancangan yang mampu memanfaatkan rakyat. Kemenangan Barisan Nasional pula bakal memberi kelebihan suara bagi membangunkan Kuala Besut.
Kerajaan Barisan Nasional telah mengistiharkan bahawa mereka akan memperuntukkan RM4.4 juta di kawasan DUN Kuala Besut. Sebanyak 28 projek menaik taraf jalan , membina dan membaik pulih gelanggang permainan , balairaya, parit bagi menangani banjir dan pembinaan rumah.
Kita memang tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional sememangnya sentiasa mengotakan janji yang mereka berikan. Setakat ini, Kampung Lampu , Kampung Gong, Kampung Paya, Kampung Gong Tengah, Kampung Tok Saboh dan Gong Manok telah ditunaikan janji .
Manakala dua unit rumah di bawah program bantuan perumahan sedang dilaksanakan di Kampung Pulau Salim dan Kampung Pengkalan Sentol. Salain dari itu juga BN bercadang membaik pulih Bangunan Medan Info Desa di Kampung Seberang Kastam dan Kampung Teluk Bayu.
Aku janji yang telah dibuat oleh Barisan Nasional telah mula dilaksanakan secara berperingkat. Perkara yang paling penting iaitu menegakkan undang-undang dan Perlembagaan telah dilaksanakan demi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia.
Rugilah rakyat Kuala Besut sekiranya semua pembangunan yang telah dijanjikan oleh barisan Nasional itu tidak dapat disempurnakan akibat dari keputusan sama rata di Terengganu yang memberi kesan projek yang tidak dapat dilaksanakan. Tambahan pula , usaha untuk menegakkan undang-undang dan perlembagaan juga tidak dapat diteruskan akibat dari salah perhitungan rakyat yang bakal memberikan kesan yang cukup buruk terhadap mereka.
Oleh itu rakyat Kuala Besut harus mengundi Barisan Nasional demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair kita.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger