Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut ; Polis Nasihatkan Henti Kempen Kibar Bendera Parti Dengan Motosikal

#PRKKualaBesut ; Polis Nasihatkan Henti Kempen Kibar Bendera Parti Dengan Motosikal

Written By AAKJ on Thursday, July 18, 2013 | 12:00 PM


Polis mengingatkan para penyokong parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut agar berhenti mengarak bendera parti dengan bermotosikal.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pemantauan polis mendapati ada segelintir remaja yang terlibat membantu kempen parti-parti secara berkonvoi dengan motosikal sambil mengibarkan bendera parti masing-masing.

"Mereka bermotosikal secara berkumpulan dengan membawa bendera-bendera parti yang besar yang boleh mengganggu ketenteraman dan boleh mengakibatkan kemalangan
jalan raya," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Beliau juga meminta penganjur dan penceramah parti supaya mematuhi tempoh had masa berkempen iaitu tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger