Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut ; Penjelasan Isu Rampasan Tanah & Roboh Rumah

#PRKKualaBesut ; Penjelasan Isu Rampasan Tanah & Roboh Rumah

Written By AAKJ on Tuesday, July 16, 2013 | 11:00 PM

5

Kerajaan BN yang hendak membina rumah flat perumahan rakyat setinggi empat tingkat yang dilakukan pecah tanah oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 13 Julai lalu pun difitnah dengan isu-isu yang diputar belitkan oleh Pas.

Flat tersebut mengandungi 72 unit rumah berharga RM10.35 juta di Kampung Kandang Lembu,Tok Saboh telah mula difitnah oleh Pas dengan isu kononnya menzalimi rakyat.

Kerajaan tidak dapat melakukan kerja-kerja pembinaan flat empat tingkat untuk perpindahan rakyat dari Kampung Pangkalan Atap Kuala Besut yang dilanda ombak, berikutan rentahan haram dan binaan bangunan di atas tanah kerajaan oleh seorang dua itu.




Mereka yang terbabit itu sebenarnya melanggar undang-undang “Rentahan Haram” di tanah kawasan Bangsal Lembu Kampong Tok Saboh, Mukim Kuala Besut, Daerah Besut. Kesalahan yang mereka lakukan ialah di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara iaitu ‘MENDIRIKAN BANGUNAN DI ATAS TANAH KERAJAAN’.

Sebagaimana yang disebut di dalam notis itu kesalahan mendirikan bangunan di atas kerajaan, jika disabitkan kesalahannya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 ribu atau dihukum penjara bagi satu jangka masa tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali atau tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 426 1 (C) di bawah akta yang sama iaitu tanpa waran memusnahkan, membinasa atau memindahkan mana-mana bangunan atau mengambilmilik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.

Jadi, selagi mereka tidak meninggalkan rentahan haram di tanah milik kerajaan itu, selagi itu flat untuk rakyat tidak dapat dibina dan menyusahkan penduduk-penduduk yang sedang menunggu untuk berpindah ke flat itu dari kawasan pantai yang dilanda ombak.

Oleh itu pihak Pejabat Tanah telah menghantar beberapa kali notis kepada yang membuat rentahan haram itu tetapi mereka tidak menghiraukan notis tersebut. (sila lihat lampiran notis kepada Encik Rosli Jaafar bertarikh 8 Februari 2012 dan juga Encik Ramli Jaafar bertarikh 15 Julai 2012).



Namun notis itu tidak dihiraukan, termasuk yang ditampal di bangunan haram yang di bina di atas tanah kerajaan itu.

Penolong Pegawai Tanah (Kanan) Besut, Encik Mohd Noor Azahar berkata, pihak Pejabat Tanah Besut pada 4 Oktober 2012 terpaksa bertindak mengikut undang-undang Seksyen 426 berkenaan iaitu memindahkan mana-mana bangunan atau mengambil milik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.

Katanya kalau tidak berbuat demikian, pembinaan awal tapak flat tidak dapat dijalankan dan penduduk mangsa ombak besar di Pengkalan Atap akan terus berada dalam keadaan bahaya.
Semasa Pas memeritah (1999-2004) juga didapati banyak rumah atau bangunan yang dibina ditanah kerajaan secara rentahan haram telah dirobohkan untuk keperluan kerajaan semasa itu kerana ia adalah prosedur biasa Pejabat Tanah dan pihak berkuasa.

4

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger