Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Pemimpin PKR Terengganu Bercuti Di London !!

#PRKKualaBesut : Pemimpin PKR Terengganu Bercuti Di London !!

Written By AAKJ on Monday, July 15, 2013 | 11:00 AM





“ Saya berada di London. Saya bercuti……” kata Haji Abdul Rahman Yusof ,Setiausaha Politik Kanan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Pengerusi PKR Negeri Terengganu.


Ketika dihubungi melalui telefon sebentar tadi beliau berkata, biarlah orang lain uruskan….

Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Dato’ Seri Anwar akan hadir atau tidak untuk kempen PRK Kuala Besut.

Sebelum ini, Haji Abdul Rahman bersama Pengerusi PKR Terengganu, YB Azan Ismail (Adun Bandar) menempelak Pas kerana tidak memberikan kepada PKR meletakkan calon di Dun Kuala Besut dalam PRK ini.

Mereka berpendapat, Pas sudah kalah teruk 2 434 undi, jadi elokkan Pas berikan kerusi itu kepada PKR untuk betanding.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali menyanggah PKR kerana menyifatkan Dun Kuala Besut adalah kerusi hak milik Pas untuk ditandingi bukan PKR.

Haji Abdul Rahman memberitahu, calon PKR sudah bersedia, seorang yang professional iaitu JURUTERA.

Malangnya yang letak calon Profesional ialah BN…Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman seorang jurutera kanan (bekas Jurutera JPS Daerah Besut).
Jadi hasrat Abdul Rahman yang mahukan calon professional dijayakan oleh BN..

Abdul Rahman lebih jauh berfikir ke depan bahawa rakyat pada hari ini mahukan calon professional.

Malangnya Pas meletakkan calon lepasan SPM gred 3 sahaja, bertentangan sama sekali dengan pandangan dan hasrat PKR.

Pada hari penamaan calon, tidak ada satupun bendera PKR dilihat, jelas menampakkan PKR tidak bersetuju dengan tindakan Pas meletakkan calonnya.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 15, 2013 at 2:55 PM

Londonnnn!!!! ...... Pejuang rakyat pun gi becuti sapa ke london ... Mungkin rego muroh bokali kalu gi ccuti ke londonnn?.... Ahak haks ptuihhhhhh!!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger