Label 10

Home » , » #PRKKualaBesut : Menteri Besar Kelantan Tidak Di Alukan Di Kuala Besut !!

#PRKKualaBesut : Menteri Besar Kelantan Tidak Di Alukan Di Kuala Besut !!

Written By AAKJ on Saturday, July 20, 2013 | 12:00 PM




Pas Kelantan makin menjadi-jadi semenjak Husam Musa merampas Pengarah kempen pilihanraya Kuala Besut daripada PAS Terengganu. Tetapi dari satu sudut yang lain, nampak macam PAS Kelantan nak ‘menjajah’ Kuala Besut pulak.

Malah pada satu ketika, Kempen PAS nampak berlebih-lebihan pulak ‘kekelantanannya’ itu sampai ke satu tahap poster Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub ditabur begitu sahaja di bazar-bazar Ramadhan dan Pasar Tani

Mungkin itulah sebabnya kenapa PAS Terengganu bengang dan Marah dengan Jentera Husam Musa yang tidak langsung menghormati Rakyat Negeri Terengganu dengan membawa unsur yang menyakiti hati orang Terengganu keseluruhannya.

Adakah ada cubaan untuk mengembalikan semula pemilikan Besut kepada Kelantan? Calon PAS juga di lihat memilih Husam Musa daripada bersama PAS Terengganu, cara kempen mereka yang menyakitkan hati penduduk Kuala Besut dengan terpekik terlolong di Pasar Tani dan Bazaar Ramadhan dengan menabur fitnah, caci makin dan hamun menyebabkan rakyat begitu marah dengan kumpulan-kumpalan yang tidak menghormati bulan ramadhan ini.

Mungkin Husam Musa juga lupa bahawa mereka menagih undi ditempat yang mana beliau telah mengabaikan ketika PRU yang lepas sehingga semua jentera PAS di Kuala Besut termasuk Che Long beliau angkut ke Putrajaya untuk membantu kempen beliau bagi PRU 13 yang lepas, dan Napisah terkontang kanting dibiarkan.

Apabila PRK Kuala Besut pula Husam Musa terhegeh-hegeh meletakkan Che Long sebagai Calon di Kuala Besut kerana kepentingan peribadi beliau untuk mendapat popoluriti che long bagi projek-projek Kerajaan negeri Kelantan dan mengemis duit dari rakyat untuk kempen PRK Kuala Besut dengan menadah duit tabung sepanjang ceramah dan program yang mereka anjurkan.

Permainan Husam Musa dan Che Long ini amat teruk jika mereka menang, kerana che long yang lebih meminati perniagaan daripada menjadikan wakil rakyat akan sentiasa bersama Husam Masa sepanjang masa bagi mengejar projek-projek daripada menjaga kebajikan rakyat Kuala Besut.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger