Label 10

Home » » #PRKKualaBesut : BN Bakal Kalah, Idris Jusoh – Mat Said Bergaduh?

#PRKKualaBesut : BN Bakal Kalah, Idris Jusoh – Mat Said Bergaduh?

Written By AAKJ on Sunday, July 14, 2013 | 3:00 PM




Sebaik keputusan pilihan raya umum 2008 diumumkan, seluruh negara dikejutkan dengan berita perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Ini merupakan satu kejutan yang luar biasa berdasarkan rekod cemerlang Idris Jusoh merampas kembali terengganu dan memimpin negeri tersebut mendapat rekod yang cemerlang biarpun banyak negeri lain mengalami kemerosotan sokongan kepada BN.

Pertentangan kem Idris Jusoh dan Ahmad Said memang nampak sehingga ke seluruh negara buat beberapa ketika sebelum dilupakan.

Bagi Datuk Seri Idris Jusoh yang ditemui sekumpulan penulis jumaat lalu, “ia cerita lama. Biasalah manusia memang kadang-kadang ada perselisihan pendapat. Tapi itu dulu, tapi sekarang saya bekerja baik dengan Menteri Besar. Saya boleh minum teh tarik bersama dan berkempen bersama. Malah saya berazam untuk meningkatkan jumlah undi majoriti sehingga 4000.”

Gambar di atas yang dirakam malam tadi membuktikan kebenaran kata-kata Idris Jusoh bahawa khabar permusuhan beliau dengan Ahmad Said adalah cerita lama.

Justeru kempen Pas bahawa menyokong kemenangan calon BN akan memenangkan Idris Jusoh dan memberi tekanan kepada Ahmad Said dalam percaturan politik Terengganu tidak timbul langsung. Ahmad Said dan Idris Jusoh sama-sama memerlukan kemenangan ini.

Ahmad Said akan berhadapan krisis pentadbiran jika BN kalah. Idris Jusoh akan turut menerima tempias gagal memastikan kemenangan BN di kawasan Parlimennya biar pun beliau merupakan Menteri di peringkat pusat.

Kemenangan BN akan menguntungkan kedua-dua mereka. Ahmad Said akan kekal Menteri Besar, Idris Jusoh akan terus memastikan Besut kian “membiru” mengukuhkan kedudukannya sebagai tokoh pemimpin BN Terengganu.

Husam mereka cerita mengenai kepentingan kemenangan Pas untuk kerajaan perpaduan dan juga mengukuhkan kedudukan Ahmad said sebagai Menteri Besar.

Sebaliknya, Husam Musa yang memerlukan kemenangan Pas untuk terus bernafas dalam pemilihan parti yang akan datang. Husam dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil Pakatan, memilih rakan dan penyumbang dananya sebagai calon, maka Husam sedang berjudi dengan kerjaya politiknya.

Selamat tinggal Husam Musa. Kuala Besut akan terus membiru.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger