Label 10

Home » » Presiden Obama Lawat Malaysia Oktober Ini

Presiden Obama Lawat Malaysia Oktober Ini

Written By AAKJ on Monday, July 29, 2013 | 11:00 PM


Selepas 47 tahun buat kali pertama Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia, kini Barack Obama dijadual melawat negara ini pada Oktober depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global.
Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS, Ben Rhodes menerusi akaun Twitter miliknya memberitahu;
“Heading out to Rangoon, Naypyidaw and Kuala Lumpur for meetings with governments and civil society. (Menuju ke Rangoon, Naypyidaw dan Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan kerajaan dan masyarakat)
“Look forward to reinforcing US support for reform in Burma and discussing POTUS (President of the United States) visit to Malaysia and the Global Entrepreneurship
Summit.” (Untuk melihat bagi mengukuhkan sokongan AS untuk reformasi di Burma dan membincangkan POTUS (Presiden AS) melawat Malaysia dan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global).
Sumber Jabatan Perdana Menteri juga mengesahkan lawatan tersebut kepada Mynewshub ketika dihubungi sebentar tadi.
Mengikut rekod, kali pertama dan terakhir Presiden AS melawat Malaysia adalah Lyndon B. Johnson iaitu pada 30 Oktober 1966 semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman.
Kehadiran Obama selakau Presiden negara yang terkuat di dunia adalah satu pengiktirafan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger