Label 10

Home » , » Piala FA : Mat Yo Buang Pingat Dalam Tong Sampah !

Piala FA : Mat Yo Buang Pingat Dalam Tong Sampah !

Written By AAKJ on Monday, July 1, 2013 | 8:00 PM

Mat Yo Buang Pingat Dalam Tong Sampah!

Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.
Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.
Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.
Marah, kecewa
Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.
Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.
Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring. 

mynewshub
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 1, 2013 at 8:36 PM

blog berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini.blogspot

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger