Label 10

Home » , » Pengerusi UMNO Selangor : Noh Omar Anggap Satu Amanah Berat !

Pengerusi UMNO Selangor : Noh Omar Anggap Satu Amanah Berat !

Written By AAKJ on Monday, July 29, 2013 | 1:00 PM

Post Pic
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan jawatan baharu yang disandangnya itu sebagai amanah berat dan bukannya sesuatu untuk dibangga-banggakan.
 
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepercayaan untuk beliau menerajui Umno Selangor.
 
Noh, yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan RM1.1 juta kepada 18 sekolah menengah dan rendah, 120 surau dan 28 masjid di kawasan parlimennya pada majlis berbuka puasa di Sungai Burong di sini.
 
"Barisan Nasional kena rapati rakyat dan terus berusaha yakinkan mereka bahawa Barisan Nasional lebih baik daripada pakatan rakyat," tegasnya.
 
Menurutnya, antara isu yang akan terus diberi perhatian untuk tindakan lanjut ialah penstrukturan semula industri air di Selangor.
 
Dalam pada itu, Noh berkata beliau telah turun ke 20 bahagian Umno di Selangor untuk merapatkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan dengan pemimpin parti.
 
"Ini kerana tidak ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak ada kekuatan tanpa perpaduan," katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger