Sebelum ini, laman sosial Facebook pasangan seks publisiti, Alvin dan Vivian telah ditutup secara kekal atau ‘permanent’ oleh pengendali Facebook.
Maka, pasangan itu mula mengamuk di laman sosial Twitter yang menjadi medium kedua mereka.
Semalam, kecoh dilaman sosial dan blog-blog tempatan apabila seorang lelaki berbangsa Cina telah ditangkap dan dibogelkan di tepi jalan dekat Shah Alam.
Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”
Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.
Dalam pada itu, pasangan Alvin dan Vivian juga telah menerima ugutan bunuh menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
“Sesiapa yang menghantar ugutan bunuh kepada kami melalui sistem pesanan ringkas (SMS), tolong hentikan. Kami makan tak lalu, tidur tak lena, mandi pun tak basah… mercy please, terima kasih,” jelas mereka menerusi akaun Twitter @AlviviSwingers.
Ugutan tersebut mungkin menjadi sebab utama pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) meminta dua orang pegawai polis mengiringi mereka keluar dari bilik siasatan SKMM menuju ke kenderaan.
Namun, hari ini MyNewsHub terkejut apabila akaun Twitter milik mereka itu telah ditutup.
Mungkin mereka menerima tekanan yang begitu hebat daripada orang awam menyebabkan mereka bertindak untuk menutup akaun laman sosial tersebut.
Semalam, SKMM mengakui bahawa pihaknya telah menghubungi pengendali Facebook berkenaan tindakan biadap Alvin dan Vivian yang mengguris perasaan serta menjatuhkan maruh umat Islam.
Lantaran daripada laporan SKMM serta orang awam, pengendali Facebook bertindak untuk menutup akaun Facebook mereka secara kekal.
mynewshub
Post a Comment