Label 10

Home » , » Layakkah Penjawat Awam Dapat Bonus Walaupun Sebulan ?

Layakkah Penjawat Awam Dapat Bonus Walaupun Sebulan ?

Written By AAKJ on Tuesday, July 9, 2013 | 11:04 PM



Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

"Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai," kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

"Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati," katanya.

CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.

Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. - BERNAMA

Aakj : saja aakj tanya..layakkah dengan 'prestasi' yang d tunjukkan oleh Penjawat Awam d PRU13 ??

-maaflah..kalau kita berak d mana tempat kita makan dan kita gigit tangan yang beri kita makan ..ambo rasa baik berenti saja..jadilah Penjawat Awam yang tahu Kerajaan mana sedang memerintah sekarang..dan aakj rasa kerana kita dok guna label "Penjawat Awam" maka puok ni besar kepala..dulu kita panggil mereka ni Pekerja Kerajaan !!
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
July 10, 2013 at 12:08 AM

Bn dah jadi seperti dulu,
RAKYAT hanya wujud ketika pru,
selepas pru rakyatnya adalah penjawat awam

bagi yang bukan penjawat awam pilihlah nak jadi indon ke nak jadi bangla kerana kewarganegaraan
anda hanya berguna dan diperlukan 5 tahun sekali.

Anonymous
July 10, 2013 at 12:05 PM

Jgn salahkan kerajaan.Bonus adalah penghargaanm,bukannya kemestian utk beri bonus pada penjawat awam yg taksub dan fanatik pembangkang.Bukan menidakkan proses demokrasi.Terimalah hakikat,penjawat awan yg berani buat dan menentang sepatutnya boleh terima kenyataan.Menyokong mana2 parti tidak salah,tapi sikap sengaja menonjol dan mencabar itu tidak sesuai.

Anonymous
July 10, 2013 at 1:45 PM

Nk bagi bonus bagi yg ic tengahnya ikut negeri yg dilahirkn..tk kiralh dia kerja kat putrajaya ke selangor ke..ini masanya nk pulang paku buah keras...

Anonymous
July 10, 2013 at 3:26 PM

nak pesan aje.. dah dpt bonus byk beli brg kat kedai org melayu bumiputera islam.. sila sahut kempen boikot brg cina... selamat berjihad ekonomi...

Anonymous
July 10, 2013 at 6:05 PM

Si omar ni bangang sebenarnya...ntah mcm mana boleh dpt datuk.keja dia senang je asyik mintak habuan dr kerajaan tp dia sendiri tk berfungsi utk menerapkan sikap menyokong kerajaan pd penjawat awam..sia sia je lantik presiden dr org yg tk berpendidikan dan ckp pun berterabur...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger