Label 10

Home » » Lagi Guru Mati Di Tembak, Apa Sudah Jadi ?

Lagi Guru Mati Di Tembak, Apa Sudah Jadi ?

Written By AAKJ on Thursday, July 18, 2013 | 10:30 PM

Lagi Guru Mati Ditembak - Mangsa Ketiga Dalam Tempoh Terdekat, Apa Sudah Jadi?


KIRA-KIRA pukul 12.25 petang tadi, seorang guru,K. Shanmugam, 45, memandu dari rumahnya di Taman Bidara dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Bagaimanapun ketika tiba di Simpang Empat Keladi, dia ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali.
Dia mati akibat tembakan tersebut.
Peluru yang dilepaskan sebelum itu kena pada bahagian kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandunya.
Apa sudah jadi?
Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.

guru-sk-beris-panchor-kelantan-mati-ditembak

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Untuk rekod, empat hari sebelum kejadian itu, seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan juga cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali.

image (3)

Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Dalam erti kata lain sudah ada tigas kes tembak yang melibatkan guru dilaporkan berlaku dalam masa terdekat.
Mungkinkah setiap kes itu mempunyai kaitan antara satu sama lain?
Atau mungkinkah juga ia berlaku secara kebetulan?
Yang pasti kes jenayah melibatkan senjata api sejak akhir-akhir ini cukup membimbangkan.
Senjata api seolah-olah begitu mudah untuk diperoleh di pasaran.
Manusia juga seolah-olah begitu mudah membunuh dan dibunuh.
Apa lagi selepas ini?

mynewshub
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 19, 2013 at 10:01 AM

Mungkin sbb selisih faham ttg urusan kerja luar.tau2 je la skrg ni ramai yg buat kerja luar.sbb tu kereta mewah2 belaka.tak kan student tak puas hati sanggup bunuh cikgu,ditembak plk tu.mcm2 la

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger