Label 10

Home » » Kes Rogol Pegawai SUKMA : 3 Atlit Di Tahan

Kes Rogol Pegawai SUKMA : 3 Atlit Di Tahan

Written By AAKJ on Sunday, July 7, 2013 | 11:00 PM


Tiga pemain bola baling, berumur antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada skuad wanita.
Ketiga-tiga remaja itu ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata, ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan.
“Kami mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Mereka boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia dirogol di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai.
Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa dirogol.
Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada kira-kira pukul 4 pagi.
Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu merogolnya secara bergilir.
DSP Lam menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau berkunjung ke balai polis berhampiran.

Kisah awal d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger