SEJAK akhir-akhir ini kita dapati pelbagai insiden yang cukup meresahkan berlaku dalam masyarakat kita.
Perbuatan hina-menghina sesama agama, keturunan semakin menjadi-jadi.
Bab jenayah jangan ceritalah…rompak, samun, bunuh semakin kerap dilaporkan.
Lebih menakutkan, kes bunuh menggunakan senjata api juga semakin tinggi kekerapannya.
Gambar dan video mengenainya mudah saja diperoleh dan disaksikan dalam platform media sosial seperti blog, Facebook dan sebagainya.
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?
Ternyata ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi dan mesti dilihat kembali.
Bila bercakap tentang peningkatan kes hina-menghina, jenayah dan sebagainya ini…baru kita teringat betapa berkesannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang kini telah pun dimansuhkan.
ISA memperuntukkan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Kerajaan sebelum ini banyak kali menegaskan yang ISA merupakan undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki.
Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan langkah-langkah pencegahan ini.
Tentulah amat sukar untuk mendakwa atau mengambil tindakan menerusi perbicaraan biasa ke atas mereka yang merancang melakukan sesuatu jenayah.
Ini kerana kebanyakan undang-undang hanya mengambil tindakan selepas berlakunya jenayah.
Apatah lagi proses perbicaraan di mahkamah akan mendedahkan proses risikan dan kedudukan anggota risikan dan sekaligus akan menjejaskan keselamatan negara pada masa akan datang.
Jika kita lihat di negara rantau Asean ini, yang aman dan stabil tanpa mengalami masalah huru-hara, pengemboman dan pertumpahan darah hanyalah Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ketiga-tiga negara ini berkongsi satu persamaan iaitu kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Malahan undang-undang berunsur pencegahan ini juga turut digunakan di Amerika Syarikat sekarang ini selepas berlakukanya peristiwa pengeboman pada 11 September 2001 lalu.
Apakah rakyat Malaysia juga mahukan pengeboman dan huru-hara terlebih dahulu sebelum mempercayai keberkesanan akta ini?
Perlu diingat, jumlah pemimpin politik yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA selama 60 hari atau dua tahun jauh lebih kecil berbanding pesalah lain seperti pemalsuan kad pengenalan, komunis, pengganas (terrorist) dan penjenayah “underworld” atau kongsi gelap.
Kebanyakan ahli politik yang ditangkap pula bukanlah kerana mereka menentang kerajaan namun mereka secara jelas cuba menghuru-harakan keselamatan negara sehingga menyebabkan tangkap perlu dibuat bagi “menyejukkan keadaan”.
Sama seperti ISA, EO ini digunakan untuk menahan seseorang tanpa sebarang bicara untuk masa yang tidak terhad.
Semuanya demi mencegah mereka-mereka yang ditahan ini daripada melakukan jenayah yang mereka rancang.
Tapi sayangnya kini kesemua ‘mereka-mereka itu’ terpaksa dibebaskan atas nama hak asasi manusia.
Untuk rekod, sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.
Kini ada lebih kurang 2,000 tahanan EO yang dibebaskan dan ‘ada’ di keliling kita.
Sebab itulah semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara KENA memahami permasalahan polis yang kini macam ’tidak bergigi’ selepas ordinan itu dihapuskan.
Polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.
Kita berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan.
Kita tidak boleh berdiam lagi…telunjuk dah naik ke mata…dah beraja di mata, dah bersultan di hati.
Persetankan makhluk-makhluk yang dok menjerit hak asasi semua itu…mereka bukan ikhlas sebenarnya, mereka lebih kepada nak bela kaum keturunan mereka yang sebelum ini ramai disumbat ke dalam penjara.
Persetankan makhluk-makhluk yang dok menjerit-jerit di Parlimen…yang mereka pentingkan adalah undi dan populariti…yang lain pergi mati.
Mereka mungkin tak rasa apa yang seorang ibu rasa bila anak perempuannya dirogol, mereka mungkin tak rasa apa yang seorang isteri rasa bila suaminya dibunuh, mereka tak mungkin rasa apa yang seorang penganut Islam rasa bila agamanya dihina hingga disamakan dengan sup babi!
Kembalikan ISA, kembalikan Ordinan Darurat…sebelum kita menjadi semakin gawat! – Mynewshub.my
+ comments + 2 comments
Semuanya salah siapa???? Siapa sebenarnya yang meminta bermati-matian untuk memansuhkan ISA / EO nie....?????????
najib kena fikir nak popular atau nak di hormati...kembalikan undang2 yg telah di mansuhkan tu.amerika dan singapura pun ada isa,ada mereka kisah kena kutuk dengan pertubuhan hak asasi??..
Post a Comment