Label 10

Home » , » Hadi Awang Makan Kambing, Pengundi Makan Nasi Berkuah Budu !!

Hadi Awang Makan Kambing, Pengundi Makan Nasi Berkuah Budu !!

Written By AAKJ on Sunday, July 21, 2013 | 12:00 PM

Nasi, Budu Juadah Berbuka


MARANG – Seminggu lalu, keluarga Maimunah Mat Ali, 45, hanya mampu berbuka puasa dengan nasi dan budu yang dikongsi empat beranak tetapi semalam, mereka sekeluarga bersyukur kerana dapat merasa nasi berlaukkan sayur.
Walaupun jauh di sudut hati, Maimunah tidak sanggup melihat suaminya yang sakit, Md Rahim Jatim, 55, dan dua anaknya berlaukkan makanan itu sahaja, namun dia tidak mampu menyediakan lebih daripada itu kerana kemiskinan yang menghimpit.
“Anak bongsu, Roszairah, 7, jarang makan makanan berzat kerana kami tidak mampu. Jika ada duit sikit, kami lebih mengutamakan keperluan ubat-ubatan untuk bapanya yang sedang sakit,” katanya.
Suaminya bukan sahaja menghidap penyakit misteri, malah turut mengalami kecederaan di kaki kirinya akibat ditimpa pokok getah beberapa tahun lalu, menyebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga kini dipikul sepenuhnya oleh Maimunah.
Sungguhpun demikian, Maimunah berkata, anaknya tidak pernah bersungut walaupun hanya makan nasi putih dengan budu sahaja dan keadaan itu sering berlaku apabila bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lambat diterima mereka.
Maimunah tidak bekerja kerana perlu menguruskan keluarganya, sementara anak sulungnya, Mohd Amirul, 21, kini bekerja di sebuah padang golf di Kuala Lumpur dan anak keduanya pula, Mohd Azuan, 16, bekerja sambilan di sekitar daerah ini.
Menurutnya, ketika sihat dahulu, suaminya melakukan pelbagai jenis kerja termasuk menjual buah-buahan dan biasanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM50 sehari untuk menyara keluarga.
“Namun keadaan berubah sejak abang (suami) sakit dan dia sudah bertahun menderita akibat kaki kirinya ditimpa pokok getah.
“Justeru, kami sekeluarga bergantung sepenuhnya dengan bantuan JKM sebanyak RM400 sebulan dan ia habis digunakan untuk membeli ubat tahan sakit. Jika ada baki, barulah kami beli keperluan dapur dan menyedihkan kerana mahu minum teh atau kopi pun kami tidak mampu membelinya,” katanya.
Ditanya persiapan hari raya tahun ini pula, Maimunah berkata, seperti juga tahun sebelumnya, mereka sekeluarga hanya beraya ala kadar dan jika ada kuih-muih dan baju raya, semuanya itu hasil pemberian pihak yang bersimpati dengan nasib mereka.
Sementara itu, suaminya, Md Rahim turut menangis teresak-esak kerana tidak menyangka wakil Sinar Harian akan datang semula ke rumahnya semalam, kerana katanya, selepas kisahnya disiarkan akhbar ini tahun lepas, ramai pihak datang dan membantunya.
“Kami sekeluarga bersyukur kerana kisah hidup saya mendapat perhatian banyak pihak. Terima kasih kepada semua yang membantu sebelum ini. Hanya ALLAH SWT sahaja dapat membalas budi baik mereka.
“Saya kasihankan isteri kerana perlu menanggung keluarga dengan dibantu anak lelaki. Saya mahu bekerja semula tetapi tidak berdaya, malah isteri perlu menyuap saya makan kerana keadaan kesihatan semakin merosot,” katanya.
Md Rahim turut menyuarakan hasrat memohon sebuah kerusi roda yang baru kerana kemudahan sedia ada telah rosak.
Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 014-8346489 (Maimunah) jika mahu menghulurkan sumbangan.
“Kami sekeluarga juga amat berterima kasih kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerung Seberang kerana sering datang bertanyakan khabar dan membantu kami semampu yang mereka boleh,”  katanya yang tinggal di Jalan Masjid, Kampung Jerung Seberang di Pengkalan Berangan. – Sinar Harian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger