Label 10

Home » » Foto Isteri Curang Di Simbah Cuka Getah !!

Foto Isteri Curang Di Simbah Cuka Getah !!

Written By AAKJ on Wednesday, July 10, 2013 | 9:00 PM

Christina Nyoeh yang melecur teruk di seluruh muka dan badan setelah disimbah dengan cuka getah dirawat di Hospital Umum Sarawak di Bau, Sarawak


Hilang sabar dengan tindakan isterinya yang didakwa curang, seorang lelaki bertindak menyimbah wanita itu dengan cuka getah sebelum cuba membunuh diri dengan meminum racun rumpai di kediaman mereka di Kampung Pejiru, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Christina Nyoeh, 43, parah selepas melecur hampir 70 peratus di seluruh badan terutama di muka, leher dan dada.

Ibu kepada lima orang anak itu juga berkemungkinan buta dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan, Christina baru pulang ke rumah selepas pergi bercuti di Sabah selama beberapa hari bersama seorang lelaki warga Afrika yang dikenalinya sejak 2007.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Sabri Zainol berkata, sebelum kejadian, suspek berusia 49 tahun tidak menunjukkan tanda-tanda marah walaupun mengesyaki isterinya bermain kayu tiga.

Bagaimanapun katanya, ketika mangsa sedang tidur, suspek pergi ke dapur dan mengeluarkan sebotol cuka getah sebelum menyimbah cecair asid itu ke arah mangsa.

"Selepas terkena simbahan cuka, mangsa menggelupur kesakitan dan jeritannya itu didengari anak-anak mereka.

"Suspek pula bertindak minum racun rumpai sebelum membakar kereta Proton Iswara miliknya dan mengurung diri dalam kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Sabri, suspek berjaya diselamatkan anak sulung mereka yang berusia 27 tahun.

"Dia turut dirawat di HUS dan kini dilaporkan stabil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger