Label 10

Home » » Foto : Besi Terpacak Di Kepala Sedalam 20cm

Foto : Besi Terpacak Di Kepala Sedalam 20cm

Written By AAKJ on Sunday, July 14, 2013 | 1:30 PM


INI ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan.

Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.

Rakannya Zhang berkata, kejadian berlaku cukup pantas.

“Sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Liu sudah pun berlumuran darah,” katanya ketika ditemui.

Dipercayai batang keluli itu jatuh dari tingkat 25 bangunan berkenaan.

Hentakan yang kuat menyebabkan ia tertusuk sedalam 20 sentimeter ke dalam kepala Liu.

Doktor menjalankan pembedahan kecemasan di daerah Shanghe, Shandong.

Pihak hospital berkata Liu kini sudah terlepas daripada bahaya. – Agensi

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger