Label 10

Home » » Dua Pemimpin Parti Politik Penganut Syiah !!

Dua Pemimpin Parti Politik Penganut Syiah !!

Written By AAKJ on Saturday, July 27, 2013 | 1:00 PM


Dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Malah sumber sama menjelaskan, parti yang dianggotai oleh mereka sebenarnya mengetahui kedua-dua pemimpin tertinggi itu menganuti fahaman Syiah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil disebabkan kepentingan politik.

"Kedua-dua pemimpin ini mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh Syiah Iran dan salah seorang daripada mereka juga dikesan pernah mengunjungi Syria selain aktif memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di Malaysia.

"Kedua-dua pemimpin tertinggi ini juga dipercayai telah bertanggungjawab secara langsung menyebabkan fahaman Syiah menular dalam parti tersebut sehingga mencetuskan kebimbangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat lengkap mengenai penglibatan pemimpin kanan parti tersebut dalam gerakan Syiah dan mengingatkan mereka supaya tidak berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Utusan Malaysia, salah seorang daripada dua pemimpin kanan tersebut pernah dipanggil mengadap Majlis Syura Ulama bagi tujuan mengia atau menafikan beliau terlibat dalam gerakan Syiah.

Bagaimanapun, kata beliau, walaupun dikesan mengamalkan beberapa ajaran Syiah dalam kehidupan seharian, pemimpin tersebut tetap bertarkiyah (berpura-pura) apabila menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah kepada Majlis Syura Ulama.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger