Takziah diucapkan kepada pengacara dan pelakon, Dira Abu Zahar sekeluarga yang kehilangan ayahanda tercinta, Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang telah meninggal dunia.
Allahyarham yang berusia 74 tahun meninggal dunia akibat sakit kencing manis dan buah pinggang di Merlimau Pasir, Melaka kira-kira jam 5.30 petang.
Menerusi akaun Instagramnya, Dira telah berkongsi status bagi memaklumkan berita sedih ini;
“Tutup rapat dengan tenang. Perginya tanpa resah. Alhamdulillah atas setiap peluang.
” Irah sayang ayah selamanya. Al-Fatihah. Dato’ Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin. 14/9/1939-12/7/2013.”
Allahyarham menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada 1986 selama dua penggal, diikuti DUN Merlimau (1995-1999) dan Parlimen Jasin (1999-2004).
Beliau menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Abd Ghani yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 1997.
Jenazahnya dikebumikan di makam pahlawan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah -Murai.com.my
Post a Comment