Label 10

Home » , , » DAP Desak Hapuskan Hukuman Bunuh

DAP Desak Hapuskan Hukuman Bunuh

Written By AAKJ on Tuesday, July 9, 2013 | 9:30 PM

DAP Desak Hapuskan Hukuman Bunuh 
KUALA LUMPUR – Parti DAP menggesa kerajaan Persekutuan mengkaji semula pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah jenayah kerana menganggap ia satu bentuk hukuman kuno yang masih diamalkan di negara ini.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong mendakwa, sudah tiba masa bagi Malaysia untuk mengkaji semula hukuman mati tersebut kerana ia dianggap tidak selaras dengan norma antarabangsa.
“Saya menggesa kerajaan supaya sekurang-kurangnya mengkaji semula undang-undang yang membenarkan hukuman mati mandatori dan mengembalikannya kepada budi bicara para hakim,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ching Tong seterusnya mendakwa, walaupun undang-undang itu sedang dikaji, tetapi terdapat keperluan untuk menghentikan hukuman itu melalui moratorium sehingga proses kajian semula itu selesai.
Beliau mendakwa Kementerian Dalam Negeri pernah mendedahkan seramai 441 pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati antara tahun 1960 dan Februari 2011.
Dakwanya, seramai 228 daripada pesalah terbabit terlibat dalam pengedaran dadah dan 78 disabitkan dengan kes pembunuhan.
Beliau mendakwa lagi 130 hukuman mati bagi kes senjata api, manakala empat lagi telah disabitkan dengan melancarkan perang terhadap Agong.
“Hukuman mati adalah hukuman yang tidak berperikemanusiaan. Mustahil untuk menghapuskan kesilapan manusia dan ketidakberkesanan hukuman itu juga menjadi satu isu,” dakwanya lagi-mynewshub
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 10, 2013 at 1:37 PM

Selepas pbangkang mndesak najib hapuskn isa skrg nk hapuskn hukum mati mandatori pula..lagi kayalh hakim2 di malaysia boleh tidur atas duit lps ni...sedih aku tgk undang- undang malaysia skrg...klu lh Tun M masih mmerintah malaysia lg......

Anonymous
July 10, 2013 at 3:17 PM

singapork aje ada... tuiiii.. us aje ada.... tuiiii cina lagi byk.. tuiiiiii negara lain pun byk ada.. tuiiiii

nak kongsi gelap.. pengedar dadah berkuasa tu semua bawah tokey cina.. tuiiiiii

tuiiii kpd punahsihat yg beri idea bagus bebenor kat najib mansuh ISA.. tak perlu belajar tinggi setakat nak ambik hati cina kena hapus ISA. tuiiiiiiiiiii puihhhhhhh

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger