Label 10

Home » » Cina Kafir Jual Quran Di Plaza Lowyat, Pegawai JAWI Sibuk Beli Baju Raya ?

Cina Kafir Jual Quran Di Plaza Lowyat, Pegawai JAWI Sibuk Beli Baju Raya ?

Written By AAKJ on Monday, July 29, 2013 | 6:00 PM

QuranLowYat02
Kecoh sejak akhir-akhir ini di internet mengenai ada penjual bukan Islam didapati menjual Al-Quran digital di Plaza Low Yat, Bukit Bintang dekat sini.
Beberapa blog juga mengulas isu ini selepas ada pihak berjaya merakamkan foto penjual Cina itu dengan beberapa jenis Al-Quran digital di hadapannya.
Ramai juga  yang melayari internet dan mengkritik perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Seperti yang kita sedia maklum, Al-Quran tidak boleh diletakkan di atas lantai, dan untuk memegangnya pula kita perlu mengambil wudhuk dan berada dalam keadaan suci.
Difahamkan lelaki bukan Islam yang menjual Al-Quran ini meletakkan stok jualan mereka di dalam kotak di bawah kaki mereka.
Imam Nawawi R.A bernah berkata, Haram bagi orang Islam membenarkan orang bukan Islam memegang Al-Quran kerana keadaan mereka yang berhadas serta tidak tahu hukum-hukum berkenaan menghormati kitab suci itu.
Oleh itu, WAJIB bagi orang Islam merampas Al-Quran dari tangan orang bukan Islam itu dan jika tidak dilakukan padahal ia berkuasa, berdosalah ia.
Jika menyentuh dari segi isu agama, sememangnya pada kita ia menyalahi syarak.
Jika pihak seperti ini muncul kembali, pihak bertanggungjawab iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) khususnya perlu bertindak memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka.
Kepada yang menyaksikan perkara seperti ini, eloklah aduan tersebut segera dimajukan kepada Jawi untuk tindakan.
QuranLowYat01malaysiasensasi
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger