Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.
Menurutnya, petisyen itu dibuat selepas ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi.
Selain itu, katanya, pihak terbabit juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.
“Kita ada gambar sebagai membuktikan tindakan ini. Mengikut undang-undang beg peti undi tidak dibenarkan dibuka ketika pegawai SPR sedang membawanya,” katanya.
Pada PRU13 lepas, Mohd Ali, yang juga bekas Ketua Menteri, tewas di Parlimen Bukit Katil kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendapat majoriti 5,477 undi.
Di Dun Bukit Baru pula, Karim Yaacob, yang juga Ketua Pemuda Umno Melaka, tewas kepada Dr Md Khalid Kassim dari Pas, yang mendapat majoriti 48 undi.
Post a Comment