Program Berbuka Puasa Penulis Maya Wilayah Persekutuan yang berlangsung semalam turut menampilkan Ustaz Fathul Bahri sebagai ahli panel. Beliau menyentuh, antara lain, berkenaan ancaman Syiah yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.
Seperti yang kita tahu, pergerakan Syiah bukan sesuatu yang baru di negara ini, namun selama ini ia bersifat ‘dormant’ dan tidak dianggap sebagai ancaman besar. Sehingga penghujung tahun 90-an juga, masih tidak ramai rakyat Malaysia yang mengambil pusing berkenaannya. Anak-anak muda pada waktu itu pula kebanyakannya langsung tidak tahu mengenainya. Yang peka mengenai kewujudan Syiah mungkin hanya di kalangan mereka yang belajar di negara-negara timur tengah dan juga pelajar-pelajar jurusan agama sahaja.
Fahaman Syiah terbahagi kepada beberapa mazhab antaranya Zaidiyyah, Rafidhah, Kaisaaniyyah, Ismaiiliyyah, al-Ghulat, dan Allawiyyah juga dianggap sebahagian dari Syiah.
Ada yang berkata bahawa bukan semua Syiah itu sesat tetapi secara umumnya, fahamannya menjurus kepada mendewakan Imam Ali dan mencaci maki sahabat Rasulullah SAW termasuk isteri baginda Saiyidatina Aisyah. Syiah juga menganggap AlQuran sebagai tidak asli serta beberapa ajaran termasuk solat mereka juga, berbeza dengan Ahli Sunnah. Malah, Syiah juga menghalalkan zina hatta menggalakkannya dengan berlindung di sebalik istilah ‘nikah muta’ah’.
Syiah pada dasarnya memusuhi Ahli Sunnah dan mengganggap Ahli Sunnah sebagai kafir. Di Syria hari ini, dunia bagai terpinga-pinga menyaksikan bagaimana puak Syiah menyembelih, menyincang, menyiksa, merogol dan membunuh Ahli Sunnah termasuk anak kecil, tanpa belas kasihan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa dalam banyak kes, kekejaman mereka hampir mengatasi kekejaman Zionis.
Sebenarnya, Al-Quran ada menyebut tentang kumpulan yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dan berbohong berkenaan Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda seperti Syiah. Kemuncaknya, ketika kematian Imam Besar Syiah iaitu Khomeini, mayatnya terjatuh dan kain kapannya terselak dalam keadaan mengaibkan. Maka benarlah peringatan Allah SWT mengenai kesesatan mereka-mereka ini.
Apa yang membimbangkan, kumpulan ini yang dulunya pasif dan ‘dormant’ sudah mula menonjolkan diri di negara ini. Walaupun ia dikatakan masih ‘kecil’ tetapi jelas ia sedang merebak dengan pantas dan berani. Menyedari ancaman ini, kerajaan Negeri Kedah merupakan yang pertama mewartakan ajaran Syiah sebagai haram.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Zahid Hamidi juga telah mengisytiharkan Syiah sebagai menyalahi undang-undang.
Namun, berdasarkan sejarah dan pengalaman, membendung ajaran sesat bukanlah sesuatu yang mudah dan seringkali, undang-undang sahaja tidak mampu menghapuskannya.
Justeru itu, Ustaz Fathul Bahri menyarankan agar sukatan matapelajaran agama diperluas bagi membuka mata anak-anak muda berkenaan kewujudan dan kesesatan Syiah. Maksudnya, penjelasan mengenai mazhab-mazhab perlu dikupas dengan lebih terperinci dengan dibuka kepada perbincangan sambil merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.
Ini bukan sahaja akan memberi pengetahuan tambahan tetapi juga mampu mengasak minda anak-anak muda terutama yang berminat untuk mendalami bidang agama agar lebih kritis, peka serta tidak mudah percaya, diperdaya atau dipengaruhi dengan ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah.
Saranan Ustaz Fathul Bahri sememangnya sesuatu yang baik dan tepat. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab harus mengambil perhatian dan memikul tanggungjawab untuk merealisasikan peningkatan dalam sukatan matapelajaran agama di peringkat menengah dan universiti dengan secepat mungkin.
Janganlah ada mana-mana pihak, terutama pihak berkuasa dalam hal-ehwal agama, untuk dengan sengaja melengah-lengahkan dan mengambil ringan ancaman Syiah. Jangan sekadar mengharapkan pihak polis mengekangnya tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan dengan cara mendidik rakyat agar berpegang teguh kepada asas Islam. Dengan cara ini, mereka akan lebih pantas menyedari serta menolak apa saja yang bertentangan dengannya.
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
-
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan
Nasional...
1 day ago
Post a Comment