Label 10

Home » , » Anak Nik Aziz Marahkan Karpal Satu Sandiwara ?

Anak Nik Aziz Marahkan Karpal Satu Sandiwara ?

Written By AAKJ on Tuesday, July 9, 2013 | 10:00 AM


Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, pertikaian berkenaan isu tersebut seharusnya diselesai menerusi perbincangan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam.

Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut.

"Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama.

"Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Meskipun pembentangan Rang Undang- Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 ditarik balik, namun Karpal dilihat masih tidak berpuas hati selepas menyifatkannya sebagai tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 bertujuan mengelak 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Semalam, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Nik Mohd. Abduh mahu semua pihak menghormati pendirian kerajaan yang menarik balik rang undang-undang tersebut.

"Kita negara majoriti Islam, apa-apa pertelingkahan cuba selesaikan dengan cara harmoni melalui perbincangan.

"Undang-undang tidak bergerak dengan ugutan tetapi melalui pemahaman," katanya.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 9, 2013 at 3:15 PM

hahaha.. baru sedar pas.... dah puas balut badan dgn roket.. angkat tinggi tinggi...sanjung lagi.. dah puas cina hina melayu hina islam hina nabi saw... yg satu lagi parti perjuang sama rata hak... bebas buat apa saja.. LGBT.. agama bebas... la sekarang dah kena lempang muka tu dgn tgn sendiri... baik mintak fatwa dr tok guru.. bukan ke nak dakwah dap.. yg terang terang benci islam melayu.. ambik kauuuuu

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger