Label 10

Home » , » 222 Petugas Pakatan Haram Akui PRU13 Sah !!

222 Petugas Pakatan Haram Akui PRU13 Sah !!

Written By AAKJ on Tuesday, July 2, 2013 | 8:30 PM

Pakatan Rakyat

Di dalam setiap PRU, terdapat ejen dari setiap parti yang bertanding di setiap kawasan pengundian, yang bertugas sebagai pemantau. Begitu juga dalam PRU-13 yang lalu di mana pemantauan yang sama dilakukan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar bermula dari menyemak nama dan saluran mengundi, sehinggalah kepada pengangkutan peti undi dan pengiraan. Pendek kata, tiada satu pun yang terlepas dari pemantauan ejen-ejen setiap parti.

Oleh yang demikian, tindakan Pakatan Rakyat untuk terus membangkitkan soal penipuan dalam PRU-13 seolah-olah menafikan kredibiliti ejen-ejen mereka sendiri.

Perlu diingatkan bahawa ejen-ejen ini dipilih oleh parti mereka dan bukan pihak lain. Pastinya pemilihan agen dibuat dengan penuh teliti oleh setiap parti kerana mereka ini akan menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ parti sepanjang proses pilihanraya.

Justeru, sekiranya ada pihak yang perlu dipersoal oleh PR berkenaan penipuan melalui pengundi hantu, blackout, dakwat dan sebagainya, maka yang pertama sekali harus dipertanggungjawabkan ialah ejen-ejen PR sendiri.

Untuk makluman, kesemua ejen yang dilantik PR dalam PRU-13 berjumlah 222 orang. Mereka ini jelas telah menandatangani borang rasmi sebagai mengesahkan keputusan kiraan undi. Hanya selepas borang ini ditandatangani mereka, barulah SPR boleh mengumumkan keputusan rasmi.

Oleh itu, PR wajib mempersoalkan kenapa ejen-ejen mereka menandantangani borang tersebut jika benar berlaku penipuan? Dan kenapa ejen-ejen mereka tidak membantah atau menangkap 40,000 warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu? Serta, kenapa ejen-ejen mereka tidak menolak pengiraan undi di kawasan terjadi blackout?

Dan jika benar dakwat tidak kekal menjadi punca kejadian undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi, kenapakah ejen-ejen PR membiarkannya berlaku?

PR perlu menyiasat terlebih dahulu kesemua 222 ejen yang dilantik mereka sebelum mendesak agar SPR disiasat. Satu post-mortem perlu terlebih dahulu dilakukan di dalam PR untuk mengenalpasti punca terlantiknya ejen-ejen PRU yang tidak boleh dipercayai oleh parti sendiri.

Kemudiannya, PR perlu mendedahkan ejen-ejen ini bagi mendapatkan kebenaran sama ada mereka sememangnya tidak pandai membuat kerja atau telah dibeli.

Sewajarnya, hanya selepas melakukan semua ini barulah PR punya hak untuk membawa perkara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti membuat laporan polis atau mendesak siasatan oleh SPRM, mahupun merusuh dan berguling di atas jalanraya.

Jika tidak, maka PR wajib menerima keputusan PRU-13 sebagai sah sepertimana yang disahkan oleh 222 ejen mereka.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger