Label 10

Home » , , » Wan Nor Azlin Gagal Batalkan Saman Bapa

Wan Nor Azlin Gagal Batalkan Saman Bapa

Written By AAKJ on Saturday, June 1, 2013 | 11:00 AM

Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini.
Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam.
Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu.
Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu.
Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya.



Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 2, 2013 at 2:30 PM

Carilah harta sendiri, apasal nak rebut harta bapak sedangkan dia masih hidup...malulah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger